My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 220

Capital Markets and Services Act 2007 s 220

s 220 Action by Commission in cases of non-compliance with Code and rulings

(1) Notwithstanding the provisions of subsection 218(4), where any person who is under an obligation to comply with, observe or give effect to the provisions of this Division or the Code, or any ruling made under subsection 217(4), contravenes or fails to comply with, observe or give effect to any such provision or ruling, the Commission may take one or more of the following actions: (a) direct the person in breach to comply with, observe or give effect to any such provision of the Code or rulings; (b) impose a penalty, in proportion to the severity or gravity of the breach on the person in breach, but in any event not exceeding one million ringgit; (c) reprimand the person in breach; (d) direct a stock exchange to deprive the person in breach access to the facilities of the stock exchange; (e) where the person in breach is a listed corporation, direct the stock exchange— (i) to suspend trading in the securities of the corporation; (ii) to suspend the listing of the corporation; or (iii) to remove from the official list the corporation or the class of securities of the corporation; (f) where the person in breach is a corporation that is not listed, direct any stock exchange to prohibit the listing of any of its securities; (g) direct a stock exchange to prohibit the person in breach from engaging in transactions to be executed through the use of the facilities of the stock exchange; or (h) require the person in breach to take such steps as the Commission may direct to remedy the breach or mitigate the effect of such breach, including making restitution to any other person aggrieved by such breach. (2) The Commission shall give a written notice to a person in breach of its intention to take action under subsection (1) and shall give the person in breach an opportunity to be heard prior to it taking any action under subsection (1). (3) The court may, in a case where the Commission gives a direction under paragraph (1)(a) or (h), on an application by the Commission, make an order directing the person in breach to comply with, observe or give effect to those provisions of the Code or rulings. (4) For the purposes of paragraph (1)(h), in determining whether or not restitution is to be made by a person in breach, the Commission shall have regard to— (a) the profits that have accrued to such person in breach; or (b) whether one or more persons have suffered loss or been otherwise adversely affected as a result of the breach. (5) Where a person has failed to comply with a penalty imposed by the Commission under paragraph (1)(b), the penalty imposed by the Commission may be sued for and recovered as a civil debt due to the Government of Malaysia. (6) Without prejudice to any other remedy, where a direction under paragraph (1)(h) had required the person in breach to make restitution in the form of monetary payment, and the person in breach fails to pay the restitution, the Commission may sue for and recover the restitution as a civil debt due to the persons aggrieved by the breach. (7) To the extent that any of the amount obtained under paragraph (1)(h) or subsection (6) has not been distributed due to the difficulty of ascertaining or notifying the aggrieved persons, such amount shall be paid to— (a) the compensation fund maintained under Part IV; or (b) retained by the Commission to defray the costs of regulating the capital market, as the Commission, with the approval of the Minister, may determine. (8) Nothing in this section shall preclude the Commission from taking any of the actions that it is empowered to take under this Act or any of the provisions of the securities laws against the person in breach. (9) For the purposes of this section— “breach” means a failure to comply with, observe or give effect to the provisions of this Part or the Code or any ruling made under subsection 217(4), in circumstances where there is an obligation to do so; “person in breach” means a person who contravenes or fails to comply with, observe or give effect to the provisions of this Part or the Code or any ruling made under subsection 217(4), in circumstances where the person is under an obligation to do so.

Malay text (authoritative)

Tindakan oleh Suruhanjaya dalam hal ketidakpatuhan Kod dan arahan

(1) Walau apa pun peruntukan subseksyen 218(4), jika mana-mana orang yang di bawah suatu obligasi untuk mematuhi, menuruti atau melaksanakan peruntukan di dalam Penggal ini atau Kod atau mana-mana arahan yang dibuat di bawah subseksyen 217(4), melanggar atau tidak mematuhi, menuruti atau melaksanakan mana-mana peruntukan atau arahan, Suruhanjaya boleh mengambil satu atau lebih daripada tindakan yang berikut: (a) mengarahkan orang yang mungkir itu mematuhi, menuruti atau melaksanakan mana-mana peruntukan Kod atau arahan itu; (b) mengenakan penalti yang sepadan dengan beratnya kemungkiran itu ke atas orang yang mungkir itu, tetapi dalam apa jua keadaan tidak melebihi satu juta ringgit; (c) mencela orang yang mungkir itu; (d) mengarahkan sesuatu bursa saham supaya tidak memberikan akses kepada orang yang mungkir itu untuk menggunakan kemudahan bursa saham itu; (e) jika orang yang mungkir itu ialah suatu perbadanan yang disenaraikan, mengarahkan bursa saham itu— (i) untuk menggantung dagangan dalam sekuriti perbadanan itu; (ii) untuk menggantung penyenaraian perbadanan itu; atau (iii) untuk mengeluarkan perbadanan itu atau kelas sekuriti perbadanan itu daripada senarai rasmi; (f) jika orang yang mungkir itu ialah suatu perbadanan yang tidak disenaraikan, mengarahkan mana-mana bursa saham melarang penyenaraian mana-mana sekuritinya; (g) mengarahkan sesuatu bursa saham melarang orang yang mungkir itu daripada melibatkan diri dalam transaksi yang hendak dilaksanakan melalui penggunaan kemudahan bursa saham itu; atau (h) menghendaki orang yang mungkir itu supaya mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya untuk meremedi kemungkiran itu atau mengurangkan kesan kemungkiran itu, termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan oleh kemungkiran itu. (2) Suruhanjaya hendaklah memberikan notis bertulis kepada orang yang mungkir mengenai niatnya hendak mengambil tindakan di bawah subseksyen (1) dan hendaklah memberi orang yang mungkir itu peluang untuk didengar sebelum Suruhanjaya mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (1). (3) Mahkamah boleh, dalam hal jika Suruhanjaya memberikan arahan di bawah perenggan (1)(a) atau (h), apabila dibuat permohonan oleh Suruhanjaya, membuat perintah mengarahkan orang yang melanggar itu supaya mematuhi, menuruti atau melaksanakan peruntukan Kod atau arahan. (4) Bagi maksud perenggan (1)(h), dalam menentukan sama ada atau tidak restitusi hendak dibuat oleh seseorang yang mungkir itu, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira— (a) keuntungan yang telah terakru kepada orang yang mungkir itu; atau (b) sama ada seorang atau lebih telah menanggung kerugian atau telah selainnya terjejas akibat kemungkiran itu. (5) Jika seseorang tidak mematuhi penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 1(b), penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya itu boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia. (6) Tanpa menjejaskan mana-mana remedi lain, jika suatu arahan di bawah perenggan 1(h) memperuntukkan orang yang mungkir untuk membuat restitusi dalam bentuk pembayaran wang, dan orang yang mungkir itu tidak membayar restitusi itu, Suruhanjaya boleh membawa guaman dan mendapatkan kembali restitusi itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan oleh kemungkiran itu. (7) Setakat mana amaun yang didapatkan di bawah perenggan 1(h) atau subseksyen (6) tidak diagihkan oleh sebab kesulitan untuk mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan amaun tersebut hendaklah dibayar kepada— (a) tabung pampasan yang disenggarakan di bawah Bahagian IV; atau (b) disimpan oleh Suruhanjaya untuk membiayai kos mengawal selia pasaran modal, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri. (8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Suruhanjaya daripada mengambil apa-apa tindakan yang Suruhanjaya diberikan kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini atau mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti terhadap orang yang mungkir itu. (9) Bagi maksud seksyen ini— “kemungkiran” ertinya suatu kegagalan untuk mematuhi, menuruti, atau melaksanakan peruntukan Bahagian ini atau Kod atau apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen 217(4), dalam hal keadaan yang terdapat suatu obligasi untuk berbuat demikian; “orang yang mungkir” ertinya seseorang yang gagal mematuhi, menuruti, atau melaksanakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini atau Kod atau apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen 217(4), dalam hal keadaan orang itu di bawah obligasi untuk berbuat demikian.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next