My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 236

Capital Markets and Services Act 2007 s 236

s 236 General duty of disclosure in prospectus

(1) For the purpose of determining whether a prospectus contains any statement or information which is false or misleading or from which there is a material omission under subsection 246(1) or 248(1), regard shall be had to whether the prospectus contains all such information that investors and their professional advisers would reasonably require, and reasonably expect to find in the prospectus, for the purpose of making an informed assessment of— (a) the assets and liabilities, financial position, profits and losses and prospects of the issuer and, in the case of a unit trust scheme or prescribed investment scheme, of the scheme; (b) the rights attaching to the securities; and (c) the merits of investing in the securities and the extent of the risk involved in doing so. (2) The information that investors and their professional advisers would reasonably require and reasonably expect to find in the prospectus under subsection (1) is information— (a) which is known to all or any of the following persons: (i) a person who was a director of the issuer at the time of issue of the prospectus; (ii) a person who has consented or caused himself to be named and is named in the prospectus as a director or as having agreed to become a director, either immediately or after an interval of time; (iii) a promoter; (iv) the principal adviser in relation to an issue of, offer for subscription or purchase of, or invitation to subscribe for or purchase, securities; (v) a person named in the prospectus, with his consent, as having made a statement that is included in the prospectus or on which a statement made in the prospectus is based; (vi) a person named in the prospectus, with his consent, as a stockbroker, sharebroker or underwriter, as the case may be, in relation to an issue of, offer for subscription or purchase of, or invitation to subscribe for or purchase, securities; (vii) a person named in the prospectus, with his consent, as an auditor, banker or advocate in relation to an issue of, offer for subscription or purchase of, or invitation to subscribe for or purchase, securities; (viii) a person named in the prospectus, with his consent, as having performed or performing any function in a professional, advisory or other capacity not mentioned in paragraph (iv), (v), (vi) or (vii) in relation to an issue of, offer for subscription or purchase of, or invitation to subscribe for or purchase, securities; or (b) which any of the persons referred to in paragraph (2)(a) would have been able to obtain by making such enquiries as were reasonable in the circumstances. (3) Without prejudice to the generality of subsection (1) or (2), in determining the information that is required to be included in a prospectus under this section, regard shall be had to— (a) the nature of— (i) the securities; (ii) the business of the issuer of the securities; and (iii) the unit trust scheme or prescribed investment scheme; (b) the persons likely to consider acquiring such securities; (c) the fact that certain matters may reasonably be expected to be known to any professional adviser whom investors referred to in subsection 236(1) may reasonably be expected to consult; and (d) whether the persons to whom an issue of, offer for subscription or purchase of, or invitation to subscribe for or purchase, securities is to be made are the holders of securities in the corporation, or unit holders in the unit trust scheme or prescribed investment scheme, and if they are, to what extent (if any) relevant information has previously been given to them by the issuer under any law or any requirement of the rules of a stock exchange, if applicable, or otherwise.

Malay text (authoritative)

Tanggungjawab am tentang penzahiran dalam prospektus

(1) Bagi maksud menentukan sama ada suatu prospektus mengandungi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat suatu ketinggalan yang material di bawah subseksyen 246(1) atau 248(1), hendaklah diambil kira sama ada prospektus itu mengandungi semua maklumat yang semunasabahnya dikehendaki, dan semunasabahnya dijangkakan terdapat dalam prospektus itu, oleh pelabur dan penasihat profesional mereka, bagi maksud membuat suatu penilaian berdasarkan maklumat tentang— (a) aset dan tanggungan, kedudukan kewangan, untung dan rugi dan prospek penerbit itu dan, dalam hal skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, skim itu; (b) hak yang diberikan oleh sekuriti itu; dan (c) merit untuk melabur dalam sekuriti itu dan takat risiko yang terlibat dalam berbuat demikian. (2) M a k l u m a t y a n g s e m u n a s a b a h n y a d i p e r l u k a n d a n semunasabahnya dijangkakan terdapat dalam prospektus itu oleh pelabur dan penasihat profesional mereka di bawah subseksyen (1) ialah maklumat— (a) yang diketahui oleh semua atau mana-mana orang yang berikut: (i) seseorang yang merupakan pengarah seorang penerbit itu pada masa prospektus itu diterbitkan; (ii) seseorang yang bersetuju atau yang menyebabkan dirinya dinamakan dan dinamakan dalam prospektus itu sebagai seorang pengarah atau sebagai seorang yang bersetuju untuk menjadi pengarah, sama ada dengan serta-merta atau selepas suatu lat masa; (iii) seseorang penganjur; (iv) penasihat utama berhubung dengan suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti; (v) seseorang yang dinamakan dalam prospektus itu, dengan persetujuannya sebagai telah membuat suatu pernyataan yang dimasukkan dalam prospektus itu atau yang padanya suatu pernyataan yang dibuat dalam prospektus itu diasaskan; (vi) seseorang yang dinamakan dalam prospektus itu, dengan persetujuannya sebagai seorang broker saham, broker syer atau penaja jamin, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti; (vii) seseorang yang dinamakan dalam prospektus itu, dengan persetujuannya sebagai seorang juruaudit, jurubank atau peguam bela berhubung dengan suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti; (viii) seseorang yang dinamakan dalam prospektus itu, dengan persetujuannya sebagai telah melaksanakan atau sedang melaksanakan apa-apa fungsi seorang profesional, penasihat atau atas sifat lain yang tidak disebut dalam perenggan (iv), (v), (vi) atau (vii) yang berhubung dengan suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti; atau (b) yang boleh didapati oleh mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (2)(a) dengan membuat apa-apa pertanyaan yang munasabah dalam hal keadaan itu. (3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) atau (2), dalam menentukan maklumat yang dikehendaki dimasukkan ke dalam suatu prospektus di bawah seksyen ini, hendaklah diambil kira— (a) jenis— (i) sekuriti itu; (ii) urusan penerbit sekuriti itu; dan (iii) skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu; (b) orang yang mungkin menimbangkan untuk memperoleh sekuriti itu; (c) hakikat bahawa perkara tertentu semunasabahnya dijangkakan diketahui oleh mana-mana penasihat profesional yang semunasabahnya dijangkakan akan dirundingi oleh pelabur yang disebut dalam subseksyen 236(1); dan (d) sama ada orang yang kepadanya suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti akan dibuat ialah pemegang sekuriti dalam perbadanan, atau pemegang unit dalam skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, dan jika mereka ialah pemegang itu, setakat mana (jika ada) maklumat yang berkaitan telah diberikan terdahulu kepada mereka oleh penerbit di bawah mana-mana undang-undang atau mana-mana kehendak kaedah-kaedah sesuatu bursa saham, jika berkenaan, atau selainnya.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next