My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 243

Capital Markets and Services Act 2007 s 243

s 243 Allotment of securities where prospectus implies that application for permission to list on stock exchange had been made

(1) Where a prospectus states or implies that an application has been or will be made for permission for the securities offered to be listed for quotation on the official list of a stock exchange or other similar exchange outside Malaysia, any allotment made on an application to subscribe for securities in pursuance of the prospectus shall, subject to subsection (3), whenever made, be void if— (a) the permission is not applied for in the form for the time being required by the stock exchange before the third day on which the exchange is open after the date of issue of the prospectus; or (b) the permission is not granted before the expiration of six weeks from the date of issue of the prospectus or such longer period as may be specified by the Commission, provided that the applicant is notified by or on behalf of the exchange within that six weeks or such longer period as may be specified by the Commission. (2) Where permission has not been applied for, or has not been granted by the exchange referred to in subsection (1), an issuer shall, subject to subsection (3), forthwith repay without interest all monies received from applicants in pursuance of the prospectus, and if any such money is not repaid within fourteen days after the issuer so becomes liable to repay it, then, in addition to the liability of the issuer, the officers of the issuer shall be jointly and severally liable to repay such money with interest at the rate of ten per centum per annum or at such other rate as may be prescribed by the Commission from the expiration of that period. (3) Where in relation to any securities— (a) permission is not applied for as specified in paragraph (1)(a); or (b) permission is not granted as specified in paragraph (1)(b), the Commission may, on the application of the issuer, by order published in the Gazette, before the securities are purported to be allotted, exempt the allotment of securities from the operation of subsection (1) or (2).    $QRIÀFHURIWKHLVVXHUVKDOOQRWEHVROLDEOHXQGHUVXEVHFWLRQ   if he proves that the default in the repayment of the money was not due to any misconduct or negligence on his part. (5) Any condition requiring or binding an applicant for any securities to waive compliance with this section or purporting to do so shall be void. (6) Without limiting the application of any of its provisions, this section shall have effect— (a) in relation to any securities agreed to be taken by a person underwriting an issue, offer or invitation referred to in a prospectus, as if he had applied for the securities in relation to the issue, offer or invitation referred to in the prospectus; and (b) in relation to a prospectus offering securities for purchase, as if— (i) a reference to purchase were substituted for a reference to allotment; (ii) the persons by whom the offer is made, and not the issuer, were liable under subsection (2) to repay monies received from applicants, and references to the issuer’s liability under that subsection were construed accordingly; and (iii) a reference in subsection (7) to the issuer and every officer of the issuer who is in default under subsection (2) were substituted with a reference to any person by or through whom the issue, offer or invitation is made and who knowingly authorizes or permits the default. (7) All monies received from the applicants shall be kept in trust in a separate bank account so long as the issuer may become liable to repay it under subsection (2), and if default is made in complying with this subsection, the issuer and every officer of the issuer who is in default commits an offence under this Act. (8) Where the exchange referred to in subsection (1) has within the time specified in paragraph (1)(b) granted permission, subject to compliance with any requirements specified by the exchange, permission shall be deemed to have been granted by the exchange if the directors of an issuer have given the exchange an undertaking in writing to comply with the requirements of the exchange, but if any such undertaking is not complied with, each director of the issuer or the management company who is in default commits an offence. (9) A person shall not issue a prospectus in relation to any securities if it includes— (a) any false or misleading statement that permission has been granted for those securities to be dealt in or listed on an exchange referred to in subsection (1); or (b) any statement in any way referring to any such permission or to any application or intended application for any such permission, or to dealing in or quoting or listing the securities on any exchange referred to in subsection (1), or to any requirements of the exchange unless that statement is or is to the effect that permission has been granted or that application has been or will be made to the exchange within three days of the issue of the prospectus or within such longer period as may be specified by the Commission or the statement has been approved by the Commission for inclusion in the prospectus. (10) Where a prospectus contains a statement to the effect that the constituent documents of the issuer or the deed as defined under section 287 complies with, or has been drawn so as to comply with, the requirements of any exchange referred to in subsection (1), the prospectus shall, unless the contrary intention appears from the prospectus, be deemed for the purposes of this section to imply that application has been made, or will be made, for permission for the securities offered by the prospectus to be listed for quotation on the stock exchange. (11) In this section, “officer”, in relation to an issuer means a director, a secretary or an executive officer of the issuer. (12) A person who contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.

Malay text (authoritative)

Penguntukan sekuriti jika prospektus menandakan bahawa permohonan bagi kebenaran untuk disenaraikan di bursa saham telah dibuat

(1) Jika suatu prospektus menyatakan atau menandakan bahawa suatu permohonan telah atau akan dibuat bagi mendapatkan kebenaran bagi sekuriti yang ditawarkan untuk disenaraikan bagi disebut harga dalam senarai rasmi suatu bursa saham atau bursa lain seumpamanya di luar Malaysia, apa-apa penguntukan yang dibuat atas suatu permohonan untuk melanggan sekuriti menurut prospektus itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), bilamana dibuat, terbatal sekiranya— (a) kebenaran itu tidak dipohon mengikut bentuk yang dikehendaki oleh bursa saham itu pada masa itu sebelum hari ketiga bursa itu dibuka selepas tarikh terbitan prospektus itu; atau (b) kebenaran itu tidak diberikan sebelum habis tempoh enam minggu dari tarikh pengeluaran prospektus atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan syarat bahawa pemohon itu diberitahu oleh atau bagi pihak bursa itu dalam masa enam minggu itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (2) Jika kebenaran belum dipohon, atau belum diberikan oleh bursa yang disebut dalam subseksyen (1), penerbit hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), dengan segera membayar balik tanpa bunga segala wang yang diterima daripada pemohon menurut prospektus itu, dan jika mana-mana wang itu tidak dibayar balik dalam tempoh empat belas hari selepas penerbit itu menjadi bertanggungan untuk membayarnya balik, maka, sebagai tambahan kepada tanggungan penerbit itu, pegawai penerbit itu hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan untuk membayar balik wang itu dengan bunga pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya dari habisnya tempoh tersebut. (3) Jika berhubung dengan mana-mana sekuriti— (a) kebenaran tidak dipohon sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a); atau (b) kebenaran tidak diberikan sebagaimana yang ditentukan dalam perenggan (1)(b), Suruhanjaya boleh, atas permohonan penerbit, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, sebelum sekuriti itu berupa sebagai diuntukkan, mengecualikan penguntukan sekuriti itu daripada kuat kuasa subseksyen (1) atau (2). (4) Seseorang pegawai penerbit tidak bertanggungan sedemikian di bawah subseksyen (2) jika dia membuktikan bahawa keingkaran dalam pembayaran balik wang itu tidak disebabkan oleh apa-apa salah laku atau kecuaian pada pihaknya. (5) Apa-apa syarat yang menghendaki atau mengikat seseorang pemohon bagi apa-apa sekuriti untuk mengetepikan pematuhan seksyen ini atau yang berupa sebagai berbuat sedemikian adalah terbatal. (6) Tanpa mengehadkan pemakaian mana-mana peruntukannya, seksyen ini hendaklah mempunyai kesan— (a) berhubung dengan mana-mana sekuriti yang dipersetujui untuk diambil oleh seseorang yang menaja jamin suatu terbitan, tawaran atau pelawaan yang disebut dalam suatu prospektus, seolah-olah dia telah memohon sekuriti berhubung dengan terbitan, tawaran atau pelawaan yang disebut dalam prospektus itu; dan (b) berhubung dengan suatu prospektus yang menawarkan sekuriti bagi pembelian, seolah-olah— (i) sebutan mengenai pembelian digantikan dengan sebutan mengenai penguntukan; (ii) orang yang membuat tawaran itu, dan bukan penerbit, adalah bertanggungan di bawah subseksyen (2) untuk membayar balik wang yang diterima daripada pemohon, dan sebutan mengenai tanggungan penerbit di bawah subseksyen itu ditafsirkan dengan sewajarnya; dan (iii) sebutan dalam subseksyen (7) mengenai penerbit dan tiap-tiap pegawai penerbit itu yang ingkar di bawah subseksyen (2) digantikan dengan sebutan mengenai mana-mana orang yang membuat atau yang melaluinya terbitan, tawaran atau pelawaan itu dibuat dan yang dengan sengaja membenarkan atau bersetuju keingkaran itu. (7) Segala wang yang diterima daripada pemohon hendaklah disimpan sebagai amanah dalam akaun bank yang berasingan selagi penerbit boleh menjadi bertanggungan untuk membayar balik wang itu di bawah subseksyen (2), dan jika berlaku keingkaran dalam mematuhi subseksyen ini, penerbit dan tiap-tiap pegawai penerbit yang ingkar itu melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini. (8) Jika bursa yang disebut dalam subseksyen (1) telah dalam masa yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b) memberikan kebenaran, tertakluk kepada pematuhan apa-apa kehendak yang ditentukan oleh bursa itu, kebenaran hendaklah disifatkan telah diberikan oleh bursa itu jika pengarah seorang penerbit telah memberikan bursa itu suatu aku janji bertulis untuk mematuhi kehendak bursa itu, tetapi jika mana-mana aku janji itu tidak dipatuhi, setiap pengarah seorang penerbit atau syarikat pengurusan yang ingkar itu melakukan suatu kesalahan. (9) Seseorang tidak boleh mengeluarkan suatu prospektus berhubung dengan mana-mana sekuriti sekiranya prospektus itu termasuk— (a) apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan bahawa kebenaran telah diberikan bagi sekuriti itu yang hendak diniagakan atau disenaraikan di suatu bursa yang disebut dalam subseksyen (1); atau (b) apa-apa pernyataan yang dalam apa-apa cara menyebut mengenai apa-apa kebenaran atau mengenai apa-apa permohonan atau cadangan permohonan bagi apa-apa kebenaran, atau mengenai perniagaan atau sebut harga atau penyenaraian sekuriti itu di mana-mana bursa yang disebut dalam subseksyen (1), atau mengenai apa-apa kehendak bursa itu melainkan jika pernyataan itu adalah atau kesannya adalah bahawa kebenaran telah diberikan atau permohonan telah atau akan dibuat kepada bursa itu dalam masa tiga hari dari pengeluaran prospektus itu atau dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau pernyataan itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya untuk dimasukkan dalam prospektus. (10) Jika suatu prospektus mengandungi suatu pernyataan yang memberi kesan bahawa dokumen konstituen penerbit atau surat ikatan yang ditakrifkan di bawah seksyen 287 mematuhi, atau telah dibuat supaya mematuhi, kehendak mana-mana bursa yang disebut dalam subseksyen (1), prospektus itu hendaklah, melainkan jika ternyata niat sebaliknya daripada prospektus itu, disifatkan bagi maksud seksyen itu sebagai menandakan bahawa permohonan telah dibuat, atau akan dibuat, bagi mendapatkan kebenaran bagi sekuriti yang ditawarkan oleh prospektus itu disenaraikan untuk disebut harga di bursa saham itu. (11) Dalam seksyen ini, “pegawai”, berhubung dengan seseorang penerbit ertinya seorang pengarah, setiausaha atau pegawai eksekutif penerbit itu. (12) Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Division 3 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next