My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 266

Capital Markets and Services Act 2007 s 266

s 266 Duty of borrower to give trustee and Commission quarterly reports

(1) A borrower shall, within one month after the end of each quarter— (a) deliver to the trustee a quarterly report that sets out the information required by subsections (3), (4), (5) and (7); (b) lodge a copy of the report with the Registrar; and (c) deliver a copy of the report to the Commission. (2) For the purposes of this section— (a) the first quarter shall be a period of three months ending on a day fixed by the borrower by written notice to the trustee, provided that the day fixed shall be less than six months after the first issue of a debenture under the trust deed; and (b) each of the subsequent quarters shall be for periods of three months, or for such shorter time as the trustee may allow in special circumstances. (3) The report for a quarter shall include details of— (a) any breach of any limitations on the amount the borrower may borrow; (b) any failure by the borrower and each guarantor to comply with the terms, provisions or covenants of the debenture or the trust deed or contravention of the provisions of this Act during the quarter; (c) any event that has happened during the quarter that has caused, or could cause, one or more of the following: (i) any amount secured or payable under the debenture to become immediately payable; (ii) t h e d e b e n t u r e t o b e c o m e i m m e d i a t e l y enforceable; (iii) any other right or remedy under the terms, provisions or covenants of the debenture or the trust deed to become immediately enforceable; (d) any circumstance that has occurred during the quarter that would materially prejudice— (i) the borrower, any of its subsidiaries, or any of the guarantors, as the case may be; or (ii) any security or charge included in or created by the debenture or the trust deed; (e) any substantial change in the nature of the business of the borrower, any of its subsidiaries or its guarantors, as the case may be, that has occurred during the quarter; (f) any of the following events that has happened in the quarter: (i) the appointment of a guarantor; (ii) the cessation of liability of a guarantor for the payment of the whole or part of the monies for which it was liable under the guarantee; or (iii) a change of name of a guarantor; (g) the net amount outstanding on any advances at the end of the quarter if the borrower has created a charge where— (i) the total amount to be advanced on the security of the charge is indeterminate; and (ii) the advances are merged in a current account with a bank, trade creditor or any other person; and (h) any other matter that may materially prejudice the interests of debenture holders. (4) If monies are owed to a borrower during the quarter by a related corporation of the borrower, not being such amounts that the borrower deposits with a licensed institution in the normal course of the borrower’s business, the report must also include details of— (a) the total amount owing by the related corporation during the quarter; and (b) the total amount owing by the related corporation at the end of the quarter. (5) If a borrower has assumed a liability of a related corporation during the quarter, the report shall include details of the extent of the liability assumed during the quarter and the extent of liability as at the end of the quarter. (6) For purposes of subsections (4) and (5), the report— (a) shall distinguish between amounts owing and assumptions of liability that are secured and those that are unsecured; and (b) may exclude any deposit, loan or assumption of liability on behalf of the related corporation if the related corporation has— (i) guaranteed the repayment of the debentures of the borrower; and (ii) secured the guarantee by a charge over all of its property in favour of the trustee for the holders of the debentures of the borrower. (7) If a prospectus issued in connection with an issue of, offer for subscription or purchase of, or an invitation to subscribe for or purchase, any debenture includes a statement relating to a particular purpose or project for which monies received by a person in response to the issue, offer or invitation are to be applied, the report shall include details of the progress that has been made towards achieving that purpose or completing that project. (8) The report shall— (a) be made in accordance with a resolution of the directors; and (b) specify the date on which the report is made. (9) Where a borrower fails to deliver the report to the trustee, the trustee shall inform the Commission of that fact. (10) A borrower who contravenes this section commits an offence.

Malay text (authoritative)

Kewajipan peminjam untuk memberikan laporan suku tahun kepada pemegang amanah dan Suruhanjaya

(1) Seseorang peminjam hendaklah, dalam masa satu bulan selepas berakhirnya setiap suku tahun— (a) menghantar serah kepada pemegang amanah suatu laporan suku tahun yang menyatakan maklumat yang dikehendaki oleh subseksyen (3), (4), (5) dan (7); (b) menyerah simpan suatu salinan laporan itu dengan Pendaftar; dan (c) menghantar serah suatu salinan laporan itu kepada Suruhanjaya. (2) Bagi maksud seksyen ini— (a) suku tahun pertama ialah suatu tempoh tiga bulan yang berakhir pada suatu hari yang ditetapkan oleh peminjam melalui notis bertulis kepada pemegang amanah, dengan syarat bahawa hari yang ditetapkan itu hendaklah kurang daripada enam bulan selepas penerbitan pertama suatu debentur di bawah surat ikatan amanah itu; dan (b) setiap suku tahun yang berikutnya adalah bagi tempoh tiga bulan, atau bagi apa-apa tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang dibenarkan oleh pemegang amanah dalam hal keadaan yang khas. (3) Laporan bagi suku tahun itu hendaklah termasuk perincian tentang— (a) apa-apa pelanggaran apa-apa had amaun yang boleh dipinjam oleh peminjam; (b) apa-apa kegagalan oleh peminjam dan setiap penjamin untuk mematuhi terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah atau pelanggaran peruntukan Akta ini semasa suku tahun itu; (c) apa-apa kejadian yang berlaku semasa suku tahun itu yang menyebabkan, atau boleh menyebabkan, satu atau lebih daripada yang berikut: (i) apa-apa amaun yang dijamin atau kena dibayar di bawah debentur itu menjadi kena dibayar dengan serta-merta; (ii) debentur itu menjadi berkuat kuasa dengan serta-merta; (iii) apa-apa hak atau remedi lain di bawah terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu menjadi berkuat kuasa dengan serta-merta; (d) apa-apa hal keadaan yang berlaku semasa suku tahun itu yang akan memudaratkan secara material— (i) peminjam itu, mana-mana subsidiarinya, atau mana-mana penjamin, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (ii) apa-apa jaminan atau cagaran yang termasuk dalam atau diwujudkan oleh debentur atau surat ikatan amanah itu; (e) apa-apa pertukaran yang substansial dalam jenis perniagaan peminjam, mana-mana subsidiarinya atau penjaminnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berlaku semasa suku tahun itu; (f) mana-mana kejadian yang berikut yang berlaku dalam suku tahun itu: (i) pelantikan seorang penjamin; (ii) pemberhentian tanggungan penjamin bagi pembayaran keseluruhan atau sebahagian daripada wang yang penjamin itu bertanggungan di bawah jaminan itu; atau (iii) suatu pertukaran nama seseorang penjamin; (g) amaun bersih yang belum dijelaskan atas mana-mana pendahuluan pada akhir suku tahun itu jika penjamin itu telah mewujudkan suatu cagaran jika— (i) jumlah amaun untuk didahulukan atas jaminan cagaran itu tidak dapat ditentukan; dan (ii) pendahuluan itu digabungkan dalam suatu akaun semasa dengan bank, pemiutang dagangan atau mana-mana orang lain; dan (h) apa-apa perkara lain yang boleh memudaratkan secara material kepentingan pemegang debentur. (4) Jika wang adalah terhutang kepada peminjam semasa suku tahun itu oleh sesuatu perbadanan yang berhubungan dengan peminjam, yang bukan merupakan amaun yang didepositkan oleh peminjam dengan suatu institusi berlesen dalam perjalanan biasa perniagaan peminjam, laporan itu mesti memasukkan juga perincian tentang— (a) jumlah amaun yang terhutang oleh perbadanan yang berhubungan itu semasa suku tahun itu; dan (b) jumlah amaun yang terhutang oleh perbadanan yang berhubungan itu padai akhir suku tahun itu. (5) Jika seseorang peminjam telah mengambil alih tanggungan sesuatu perbadanan yang berhubungan semasa suku tahun itu, laporan itu hendaklah memasukkan perincian tentang takat tanggungan yang diambil alih semasa suku tahun itu dan takat tanggungan pada akhir suku tahun itu. (6) Bagi maksud subseksyen (4) dan (5), laporan itu— (a) hendaklah membezakan antara amaun yang terhutang dengan pengambilalihan tanggungan yang bercagar dan yang tidak bercagar; dan (b) boleh tidak memasukkan apa-apa deposit, pinjaman atau pengambilalihan tanggungan bagi pihak perbadanan yang berhubungan itu jika perbadanan yang berhubungan itu— (i) menjamin pembayaran balik debentur peminjam itu; dan (ii) menyediakan jaminan dengan mencagarkan kesemua hartanya dengan memihak kepada pemegang amanah bagi pemegang debentur peminjam itu. (7) Jika suatu prospektus yang diterbitkan berkaitan dengan suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, apa-apa debentur termasuk suatu pernyataan yang berhubungan dengan suatu maksud atau projek tertentu yang baginya wang yang diterima oleh seseorang sebagai respons kepada terbitan, tawaran atau pelawaan itu hendak digunakan, laporan itu hendaklah termasuk perincian tentang kemajuan yang telah dibuat ke arah mencapai maksud itu atau menyiapkan projek itu. (8) Laporan itu hendaklah— (a) dibuat mengikut suatu resolusi pengarah; dan (b) menyatakan tarikh laporan itu dibuat. (9) Jika peminjam gagal menghantar serah laporan itu kepada pemegang amanah, pemegang amanah itu hendaklah memaklumkan Suruhanjaya tentang hakikat itu. (10) Seseorang peminjam yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next