My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 271

Capital Markets and Services Act 2007 s 271

s 271 Duties of guarantors

(1) Where a borrower is required to enter into a trust deed under section 258 in relation to any debenture, a guarantor in respect of such debenture shall— (a) use its best endeavours to carry on and conduct its business in a proper and efficient manner; (b) make all of its financial or other records available for inspection by— (i) the trustee; (ii) an officer or employee of the trustee authorized by the trustee to carry out the inspection; or (iii) an approved company auditor appointed by the trustee to carry out the inspection, and give the person carrying out the inspection any information, explanation or other assistance that such person may require; (c) furnish the borrower with any information relating to itself which is required under subsection 266(3) to be contained in the quarterly report, within fourteen days from the date the borrower requests for such information by notice in writing or within such other period which shall not be less than fourteen days as may be specified in the notice; and (d) where it creates a charge— (i) give the trustee written details of the charge within twenty-one days after it is created; and (ii) give the trustee written details of— (A) the amount of each advance made within seven days after it is made; or (B) where the advances are merged in a current account with a bank, trade creditor or any other person, the net amount outstanding on the advances at the end of every three months. (2) A guarantor who contravenes paragraph (1)(a) shall not be guilty of an offence. (3) A guarantor who contravenes paragraph (1)(b) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit. (4) A guarantor who contravenes paragraph (1)(c) or (d) commits an offence. (5) Where a guarantor contravenes paragraph (1)(b), the Commission may direct the guarantor to comply with the provisions of that paragraph. (6) A guarantor who contravenes a direction of the Commission issued pursuant to subsection (5) commits an offence.

Malay text (authoritative)

Kewajipan penjamin

(1) Jika seseorang peminjam dikehendaki membuat suatu surat ikatan amanah di bawah seksyen 258 berhubung dengan mana-mana debentur, seseorang penjamin berkenaan dengan debentur itu hendaklah— (a) berusaha bersunguh-sungguh untuk menjalankan dan mengendalikan perniagaannya dengan cara yang betul dan cekap; (b) menjadikan tersedia semua rekod kewangannya atau rekod lain bagi pemeriksaan oleh— (i) pemegang amanah itu; (ii) seorang pegawai atau pekerja pemegang amanah yang diberi kuasa oleh pemegang amanah untuk menjalankan pemeriksaan itu; atau (iii) seorang juruaudit syarikat yang diluluskan yang dilantik oleh pemegang amanah untuk menjalankan pemeriksaan itu, dan memberi orang yang menjalankan pemeriksaan itu apa-apa maklumat, penerangan atau bantuan lain yang diperlukan oleh orang itu; (c) memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan diri penjamin sendiri yang dikehendaki di bawah subseksyen 266(3) supaya dimuatkan dalam laporan suku tahunan kepada peminjam, dalam masa empat belas hari dari tarikh peminjam meminta maklumat itu melalui notis secara bertulis atau dalam apa-apa tempoh lain yang tidak kurang daripada empat belas hari sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu; dan (d) jika penjamin mewujudkan suatu cagaran— (i) memberikan perincian bertulis kepada pemegang amanah tentang cagaran itu dalam masa dua puluh satu hari selepas cagaran itu diwujudkan; dan (ii) memberikan perincian bertulis kepada pemegang amanah tentang— (a) amaun setiap pendahuluan yang dibuat dalam masa tujuh hari selepas pendahuluan itu dibuat; atau (b) jika pendahuluan itu digabungkan dalam suatu akaun semasa dengan suatu bank, pemiutang dagangan atau mana-mana orang lain, amaun bersih yang belum dijelaskan atas pendahuluan pada akhir tiap-tiap tiga bulan. (2) Seseorang penjamin yang melanggar perenggan (1)(a) tidak melakukan suatu kesalahan. (3) Seseorang penjamin yang melanggar perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. (4) Seseorang penjamin yang melanggar perenggan (1)(c) atau (d) melakukan suatu kesalahan. (5) Jika seseorang penjamin melanggar perenggan (1)(b), Suruhanjaya boleh mengarahkan supaya penjamin mematuhi peruntukan perenggan itu. (6) Seseorang penjamin yang melanggar arahan Suruhanjaya yang dikeluarkan menurut subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Division 4 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next