My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 28

Capital Markets and Services Act 2007 s 28

s 28 Power of Commission in respect of stock exchange or futures exchange

(1) Where the Commission is satisfied that it is in the public interest, or it is appropriate to do so for the protection of investors, or to maintain fair and orderly market, the Commission may give written notice to a stock exchange, a futures exchange or an approved clearing house, where relevant, to— (a) prohibit the trading of particular securities or a particular class of securities made available by a corporation on the stock market of a stock exchange; (b) terminate or suspend trading on the stock exchange or futures exchange; (c) confine trading to liquidation of futures contracts positions; (d) order the liquidation of all positions or any part thereof or the reduction in such positions; (e) limit trading to a specific price range; (f) modify trading days or hours; (g) alter conditions of delivery; (h) fix the settlement price at which positions are to be liquidated; (i) require any person to act in a specified manner in relation to trading in securities or futures contracts or any class of securities or futures contracts; (j) require margins or additional margins for any securities or futures contracts; and (k) modify or suspend any of the rules of the stock exchange or futures exchange, as the case may be. (2) Where the Commission gives a notice to a stock exchange, a futures exchange or an approved clearing house under subsection (1), the Commission shall at the same time furnish to the Minister a written report setting out the reasons for the giving of the notice. (3) Any person who is aggrieved by any action taken by the Commission under this section may appeal to the Minister whose decision shall be final. (4) Notwithstanding any appeal under subsection (3), any action taken by the Commission under this section shall continue to have force and effect until such time as the Minister makes a decision on the appeal. (5) A stock exchange, a futures exchange or an approved clearing house, as the case may be, shall comply with the written notice given under subsection (1).

Malay text (authoritative)

Kuasa Suruhanjaya berkenaan dengan bursa saham atau bursa niaga hadapan

(1) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa demi kepentingan awam, atau adalah sesuai untuk berbuat demikian bagi melindungi pelabur, atau untuk menyenggara suatu pasaran yang adil dan teratur, Suruhanjaya boleh memberikan notis bertulis kepada bursa saham, bursa niaga hadapan atau pusat penjelasan diluluskan, jika berkaitan, untuk— (a) melarang perdagangan sekuriti tertentu atau sesuatu kelas sekuriti tertentu yang dijadikan tersedia oleh suatu perbadanan di pasaran saham suatu bursa saham; (b) menamatkan atau menggantung perdagangan di suatu bursa saham atau bursa niaga hadapan; (c) mengehadkan perdagangan kepada pelikuidasian kedudukan kontrak niaga hadapan; (d) mengarahkan pelikuidasian semua kedudukan atau mana-mana bahagiannya atau pengurangan dalam kedudukan itu; (e) mengehadkan perdagangan kepada suatu julat harga yang tertentu; (f) mengubah suai hari atau masa perdagangan; (g) meminda syarat penghantarserahan; (h) menetapkan harga penyelesaian pada kedudukan yang hendak dilikuidasikan; (i) menghendaki mana-mana orang untuk bertindak mengikut cara yang ditentukan berhubung dengan perdagangan dalam sekuriti atau kontrak niaga hadapan atau mana-mana kelas sekuriti atau kontrak niaga hadapan; (j) menghendaki margin atau margin tambahan bagi mana-mana sekuriti atau kontrak niaga hadapan; dan (k) mengubah suai atau menggantung mana-mana kaedahkaedah bursa saham atau bursa niaga hadapan, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Jika Suruhanjaya memberikan suatu notis kepada sesuatu bursa saham, bursa niaga hadapan atau pusat penjelasan diluluskan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah pada masa yang sama mengemukakan kepada Menteri suatu laporan bertulis yang menyatakan sebab bagi pemberian notis itu. (3) Mana-mana orang yang terkilan dengan mana-mana tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini boleh merayu kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad. (4) Walau apa pun apa-apa rayuan di bawah subseksyen (3), apa-apa tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sehingga masa Menteri membuat keputusan atas rayuan itu. (5) Sesuatu bursa saham, bursa niaga hadapan atau pusat penjelasan diluluskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mematuhi notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen (1).

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next