(1) Where no provision has been made in the deed for the appointment of a successor to a retiring trustee, the management company shall, within one month after becoming aware of the intention of the trustee to retire, appoint as successor to the retiring trustee a trustee who has been approved by the Commission under section 289 and who is a person eligible to be appointed or to act as trustee under section 290.
(2) The Commission may, on the application of the management company, a unit holder or of its own accord—
(a) appoint, as trustee, a person who is eligible to be appointed or to act as trustee under section 290 if a trustee has not been validly appointed or the trustee has ceased to exist; or
(b) terminate the appointment of an existing trustee and appoint in his place, as trustee, a person who is eligible to be appointed or to act as trustee under section 290 if—
(i) the existing trustee is not eligible to be appointed or to act as trustee under section 290;
(ii) the existing trustee fails or refuses to act in accordance with the provisions or covenants of the deed or the provisions of this Act;
(iii) a receiver is appointed over the whole or a substantial part of the assets or undertaking of the existing trustee and has not ceased to act under that appointment, or a petition is presented for the winding up of the existing trustee (other than for the purpose of and followed by a reconstruction, unless during or following such reconstruction the existing trustee becomes or is declared to be insolvent); or
(iv) the trustee is under investigation for conduct that contravenes the Trust Companies Act 1949, the Trustee Act 1949, the Companies Act 1965 or any securities law.
(3) Except for subparagraph 2(a)(ii), a trustee shall be given the opportunity to be heard before the Commission takes any action under subsection (2).
(4) A management company who contravenes subsection (1) commits an offence.
Malay text (authoritative)
Penggantian pemegang amanah
(1) Jika tiada peruntukan dibuat dalam surat ikatan tentang pelantikan seorang pengganti bagi seseorang pemegang amanah yang bersara, syarikat pengurusan hendaklah, dalam masa satu bulan selepas menyedari niat pemegang amanah itu untuk bersara, melantik sebagai pengganti bagi pemegang amanah yang bersara itu seorang pemegang amanah yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 289 dan yang merupakan seorang yang layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290.
(2) Suruhanjaya boleh, atas permohonan syarikat pengurusan, seorang pemegang unit atau atas kehendaknya sendiri—
(a) melantik, sebagai pemegang amanah, seseorang yang layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290 jika seorang pemegang amanah tidak dilantik secara sah atau pemegang amanah itu tidak lagi wujud; atau
(b) menamatkan pelantikan seseorang pemegang amanah yang sedia ada dan melantik sebagai ganti, sebagai pemegang amanah, seseorang yang layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290 jika—
(i) pemegang amanah yang sedia ada tidak layak untuk dilantik atau untuk bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 290;
(ii) pemegang amanah yang sedia ada gagal atau enggan bertindak mengikut peruntukan atau waad surat ikatan atau peruntukan Akta ini;
(iii) seorang penerima dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian yang substansial aset atau pengusahaan pemegang amanah yang sedia ada dan belum berhenti bertindak di bawah pelantikan itu, atau suatu petisyen dikemukakan bagi penggulungan pemegang amanah yang sedia ada (selain bagi maksud dan diikuti oleh suatu penyusunan semula, melainkan jika semasa atau berikutan dengan penyusunan semula itu pemegang amanah yang sedia ada itu menjadi atau diisytiharkan sebagai tidak solven); atau
(iv) pemegang amanah itu sedang disiasat bagi kelakuan yang melanggar Akta Syarikat Amanah 1949, Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Syarikat 1965 atau mana-mana undang-undang sekuriti.
(3) K e c u a l i b a g i s u b p e r e n g g a n 2 ( a ) ( i i ) , s e s e o r a n g pemegang amanah hendaklah diberi peluang untuk didengar sebelum Suruhanjaya mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (2).
(4) Sesuatu syarikat pengurusan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).