My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 303

Capital Markets and Services Act 2007 s 303

s 303 Exemptions and indemnification of trustee from liability

(1) Subject to subsection (2), a provision or covenant contained in a deed or a term of a contract with the unit holders shall be void in so far as the provision, covenant or term, as the case may be, would have the effect of— (a) exempting a trustee under the deed from liability for contravention of any provision of this Act or for breach of trust or for failure to show the degree of care and diligence required of a trustee; or (b) indemnifying a trustee against liability for contravention of any provision of this Act or for breach of trust or for failure to show the degree of care and diligence required of a trustee. (2) Subsection (1) shall not invalidate— (a) any release otherwise validly given in respect of anything done or omitted to be done by a trustee before the giving of the release; or (b) any provision, covenant or term enabling such a release to be given— (i) on the agreement thereto of a majority of not less than three-fourths of the holders of units voting at a meeting summoned for the purpose; and (ii) either with respect to specific acts or omissions or on the trustee ceasing to act.

Malay text (authoritative)

Pengecualian bagi pemegang amanah daripada tanggungan dan menanggung rugi tanggungan

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), suatu peruntukan atau waad yang terkandung dalam suatu surat ikatan atau terma sesuatu kontrak dengan pemegang unit adalah terbatal setakat yang peruntukan, waad atau terma itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai kesan— (a) yang mengecualikan seseorang pemegang amanah di bawah surat ikatan itu daripada tanggungan kerana melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah; atau (b) yang menanggung rugi tanggungan seseorang pemegang amanah terhadap tanggungan kerana melanggar manamana peruntukan Akta ini atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki daripadanya sebagai seorang pemegang amanah. (2) Subseksyen (1) tidak boleh menidaksahkan— (a) apa-apa pelepasan yang selainnya diberikan secara sah berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh seseorang pemegang amanah sebelum pelepasan itu diberikan; atau (b) apa-apa peruntukan, waad atau terma yang membolehkan pelepasan sedemikian diberikan— (i) atas persetujuan bagi maksud itu oleh suatu majoriti yang tidak kurang daripada tiga per empat pemegang unit yang mengundi dalam suatu mesyuarat yang dipanggil bagi maksud itu; dan (ii) sama ada mengenai tindakan atau peninggalan tertentu atau apabila pemegang amanah itu terhenti daripada bertindak.

Read this section in the full act → · Open Division 5 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next