My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 330

Capital Markets and Services Act 2007 s 330

s 330 Accounts and reports in respect of a recognized self-regulatory organization

(1) The provisions of Subdivision 6 of Division 4 of Part III shall apply to the appointment, removal and resignation of an auditor and the audit of a recognized self-regulatory organization’s accounts. (2) Within three months after the end of each financial year, a recognized self-regulatory organization shall submit to the Commission a report on the extent to which it has complied with the terms and conditions imposed under subsection 323(1), the requirements imposed on it under this Part and its rules or any guidelines issued by the Commission pursuant to section 377. (3) The Commission shall forthwith send a copy of the report referred to under subsection (2) to the Minister. (4) Upon receipt of the report under subsection (2), the Commission may at any time if it deems it necessary to do so— (a) conduct an audit on the recognized self-regulatory organization; (b) appoint any independent person to assist the Commission in an audit; and (c) charge the costs of carrying out such audit to the recognized self-regulatory organization. (5) The Commission shall as soon as practicable submit to the Minister a copy of the report of the audit conducted by the Commission under subsection (4).

Malay text (authoritative)

Akaun dan laporan berkenaan dengan organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf

(1) Peruntukan Subpenggal 6 Penggal 4 Bahagian III hendaklah terpakai bagi pelantikan, pemecatan dan peletakan jawatan seorang juruaudit dan juruaudit akaun suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf. (2) Dalam masa tiga bulan selepas berakhir setiap tahun kewangan, suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu laporan setakat yang ia telah mematuhi terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 323(1), kehendak yang dikenakan ke atasnya di bawah Bahagian ini dan kaedah-kaedahnya atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya menurut seksyen 377. (3) Suruhanjaya hendaklah dengan segera menghantar suatu salinan laporan yang disebut di bawah subseksyen (2) kepada Menteri. (4) Apabila diterima laporan di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa jika difikirkan perlu untuk berbuat demikian— (a) menjalankan suatu audit ke atas organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu; (b) melantik mana-mana orang berkecuali untuk membantu Suruhanjaya dalam sesuatu audit; dan (c) mengenakan kos bagi menjalankan audit itu ke atas organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu. (5) Suruhanjaya hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan mengemukakan kepada Menteri suatu salinan laporan audit yang dijalankan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (4).

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next