(1) A recognized self-regulatory organization shall provide such assistance to the Commission, or to a person acting on behalf of or with the authority of the Commission, as the Commission or such person reasonably requires including the furnishing of such returns, and the provision of such information relating to the operations of the recognized self-regulatory organization or any other information as the Commission or such person may require for the proper administration of the securities laws.
(2) A person who refuses or fails, without lawful excuse, to assist the Commission or a person acting on behalf of, or authorized by, the Commission, in accordance with subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Pemberian bantuan kepada Suruhanjaya
(1) Suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf hendaklah memberikan apa-apa bantuan kepada Suruhanjaya, atau kepada seseorang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa Suruhanjaya, sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki oleh Suruhanjaya atau orang itu termasuk memberikan apa-apa penyata, dan pemberian apa-apa maklumat yang berhubungan dengan operasi organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu atau apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau orang itu bagi pentadbiran sepatutnya undang-undang sekuriti.
(2) Seseorang yang enggan atau tidak, tanpa alasan yang sah, membantu Suruhanjaya atau seseorang yang bertindak bagi pihak, atau yang diberi kuasa oleh, Suruhanjaya, mengikut subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).