My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 358

Capital Markets and Services Act 2007 s 358

s 358 Commission may recover loss or damage

(1) The Commission may, if it considers that it is in the public interest to do so, recover on behalf of a person who suffers loss or damage by reason of, or by relying on, the conduct of another person who has contravened any provision of Part VI or any regulations made under this Act, the amount of the loss or damage by instituting civil proceedings against the other person whether or not that other person has been charged with an offence in respect of the contravention or whether or not a contravention has been proved in a prosecution. (2) Notwithstanding the provisions of any written law relating to limitation of time, an action under subsection (1) may be begun at any time within six years from the date on which the cause of action accrued or the date on which the Commission became aware of the contravention, whichever is the later. (3) Any loss or damage recovered by the Commission under subsection (1) shall be appliedβ€” (a) firstly, to reimburse the Commission for all costs of the investigation and proceedings in respect of the contravention; and (b) secondly, to compensate persons who suffer loss or damage by reason of, or by relying on, the conduct of another person who has contravened any provision of Part VI or any regulations made under this Act. (4) If the Commission considers that it is not practicable to compensate the persons referred to in paragraph (3)(b), in view of the amount of any potential distribution to each person or the difficulty of ascertaining or notifying the persons whom it is appropriate to compensate, as the case may be, the Commission may decide not to distribute to the persons referred to in paragraph (3)(b). (5) To the extent that any of the amount recovered or obtained in a civil action under subsection (1) has not been distributed pursuant to subsection (3), it shallβ€” (a) be paid to the Capital Market Development Fund maintained under Part IX; or (b) be retained by the Commission to defray the costs of regulating market trading, as the Commission, with the approval of the Minister, may determine. (6) Any right of action that is conferred under this section is in addition to any right that such person has under any other law.

Malay text (authoritative)

Suruhanjaya boleh mendapatkan kehilangan atau kerugian

(1) Suruhanjaya boleh, jika dianggapnya bahawa adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, mendapatkan bagi pihak seseorang yang mengalami kehilangan atau kerugian itu disebabkan oleh, atau kerana bergantung kepada, perlakuan seorang lain yang melanggar mana-mana peruntukan Bahagian VI atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, amaun kehilangan atau kerugian itu dengan memulakan prosiding sivil terhadap orang lain itu sama ada atau tidak orang lain itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan. (2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan batasan masa, suatu tindakan di bawah subseksyen (1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh kausa tindakan terakru atau tarikh yang Suruhanjaya menyedari tentang pelanggaran itu, mengikut mana-mana yang terkemudian. (3) Apa-apa kehilangan atau kerugian yang didapatkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah digunakanβ€” (a) pertama, untuk membayar ganti kepada Suruhanjaya segala kos penyiasatan dan prosiding berkenaan dengan pelanggaran itu; dan (b) kedua, untuk memampas orang yang mengalami kehilangan atau kerugian disebabkan oleh, atau kerana bergantung pada, perlakuan orang lain yang melanggar mana-mana peruntukan Bahagian VI atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (4) Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah tidak praktik untuk memampas orang yang disebut dalam perenggan (3)(b), memandangkan amaun apa-apa pengagihan yang mungkin kepada setiap orang atau kesulitan memastikan atau memberitahu orang yang sepatutnya dimampasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, Suruhanjaya boleh memutuskan untuk tidak membuat pengagihan kepada orang yang disebut dalam perenggan (3)(b). (5) Setakat yang apa-apa amaun yang didapatkan atau diperoleh dalam tindakan sivil di bawah subseksyen (1) tidak diagihkan menurut subseksyen (3), amaun itu hendaklahβ€” (a) dibayar kepada Dana Pembangunan Pasaran Modal yang disenggarakan di bawah Bahagian IX; atau (b) dipegang simpan oleh Suruhanjaya untuk membayar kos mengawal selia perdagangan pasaran, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri. (6) Apa-apa hak tindakan yang diberikan di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada apa-apa hak yang dipunyai oleh orang itu di bawah mana-mana undang-undang lain.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part XI β†’

Find Act 671 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next