Capital Markets and Services Act 2007 s 378
s 378 Power to make regulations
(1) The Commission may with the approval of the Minister, make such regulations as may be—
(a) required or permitted by securities law to be prescribed by regulations;
(b) necessary or expedient for—
(i) giving full effect to the provisions of this Act;
(ii) carrying out or achieving the objects and purposes of this Act; or
(iii) the further, better or more convenient implementation of the provisions of this Act.
(2) Without prejudice to the generality of subsection (1), regulations made under this section may provide that, subject to any terms and conditions prescribed, all or any of the provisions of this Act—
(a) shall not have effect in relation to any specified person or to any person who is a member of a specified class of persons—
(i) who is or may be a holder of a Capital Markets Services Licence by reason only of his doing anything which is merely incidental to another business;
(ii) who does not carry on the business of dealing in securities or trading in futures contracts for or on behalf of any other person; or
(iii) who is a holder of a Capital Markets Services Licence by reason only of the entering into by him of any specified transaction or class of transactions;
(b) shall not have effect in relation to the representative of any person referred to in paragraph (a); or
(c) shall have effect in relation to any person referred to in paragraph (a) or (b) to such extent as may be prescribed.
(3) Without prejudice to the generality of subsection (1), regulations may be made in matters specified in Schedule 10.
(4) Nothing in paragraph 28 in Schedule 10 shall prevent a stock exchange from making rules on any matter mentioned in that paragraph if those rules have been approved by the Commission, but any such rules shall have effect only to the extent that they are consistent with the regulations made under this Act.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(1) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang—
(a) dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang sekuriti untuk ditetapkan melalui peraturan-peraturan;
(b) perlu atau suai manfaat untuk—
(i) memberikan kesan sepenuhnya kepada peruntukan Akta ini;
(ii) menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini; atau
(iii) melaksanakan selanjutnya, dengan lebih baik atau dengan lebih mudah peruntukan Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan, semua atau mana-mana peruntukan Akta ini—
(a) tidak boleh berkuat kuasa berhubung dengan manamana orang yang ditentukan atau mana-mana orang yang merupakan anggota suatu golongan orang yang ditentukan—
(i) yang merupakan mungkin atau menjadi pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hanya oleh sebab dia melakukan apa-apa yang hanya bersampingan dengan suatu urusan yang lain;
(ii) yang tidak menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti atau berdagang dalam kontrak niaga hadapan bagi atau bagi pihak mana-mana orang lain; atau
(iii) yang merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal hanya oleh sebab dia membuat apa-apa transaksi atau kelas transaksi yang ditentukan;
(b) tidak boleh berkuat kuasa berhubung dengan wakil mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a); atau
(c) hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a) atau (b) setakat yang ditetapkan.
(3) Ta n p a m e n j e j a s k a n k e l u a s a n s u b s e k s y e n ( 1 ) , peraturan-peraturan boleh dibuat dalam perkara sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 10.
(4) Tiada apa-apa jua dalam perenggan 28 Jadual 10 boleh menghalang suatu bursa saham daripada membuat kaedah-kaedah atas apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan itu jika kaedah-kaedah itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya, tetapi mana-mana kaedah-kaedah itu hendaklah berkuat kuasa hanya setakat yang kaedah-kaedah itu selaras dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Read this section in the full act → · Open Part XII →
Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).