My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 38

Capital Markets and Services Act 2007 s 38

s 38 Power of Commission to approve clearing house

(1) An application for the approval to establish or operate a clearing house shall be in writing to the Commission and shall be accompanied by a copy of the rules of the proposed clearing house including a copy of its constitution and any information as may be required by the Commission. (2) The rules of the proposed clearing house must provide for— (a) the efficient provision of clearing house facilities in relation to securities and futures contracts that are cleared through its clearing facilities; (b) the proper regulation and supervision of its participating organisations or affiliates that used its clearing facilities; (c) the clearing house to enter into contracts with participating organisations or affiliates under which they would agree to be bound by the rules of the clearing house; (d) the making of rules, including rules that make provision for a quick and fair method of settling disputes— (i) between the clearing house and its participating organisations or affiliates; and (ii) between those participating organisations or affiliates and their clients; (e) the expulsion, suspension or disciplining of a participating organisation or affiliate for the failure to comply with the rules of the clearing house; and (f) satisfactory provision for the class of securities or futures contracts that may be cleared on its facilities. (3) The proposed clearing house shall at all times have sufficient financial, human and other resources to ensure the provision of— (a) adequately and properly equipped premises for the conduct of its business; (b) competent personnel for the conduct of its business; and (c) automated systems with adequate capacity, security arrangements and facilities to meet emergencies. (4) Where the Commission is satisfied that it is appropriate to do so in the public interest, or for the proper regulation of a clearing house, it may, with the concurrence of the Minister by notice in writing, approve the person to establish or operate a clearing house subject to such conditions as the Commission thinks fit. (5) The clearing house shall provide clearing house facilities for a stock market of the relevant stock exchange or for a futures market of the relevant futures exchange, as the case may be.

Malay text (authoritative)

Kuasa Suruhanjaya untuk meluluskan pusat penjelasan

(1) Suatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau mengendalikan suatu pusat penjelasan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Suruhanjaya dan hendaklah disertakan dengan suatu salinan kaedah-kaedah pusat penjelasan yang dicadangkan itu termasuk suatu salinan perlembagaannya dan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya. (2) Kaedah-kaedah pusat penjelasan yang dicadangkan itu mesti mengadakan peruntukan mengenai— (a) penyediaan kemudahan pusat penjelasan yang cekap berhubung dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan yang dijelaskan melalui kemudahan penjelasannya; (b) pengawalseliaan dan pengawasan yang sepatutnya organisasi peserta atau gabungannya yang menggunakan kemudahan penjelasannya; (c) pusat penjelasan itu membuat kontrak dengan organisasi peserta atau gabungan yang di bawahnya organisasi peserta atau gabungan bersetuju untuk terikat dengan kaedah-kaedah pusat penjelasan itu; (d) pembuatan kaedah-kaedah, termasuk kaedah-kaedah yang mengadakan peruntukan bagi suatu cara menyelesaikan pertikaian yang cepat dan saksama— (i) antara pusat penjelasan dan organisasi peserta atau gabungannya; dan (ii) antara organisasi peserta atau gabungan itu dan kliennya; (e) pemecatan, penggantungan atau tatatertib organisasi peserta atau gabungan kerana tidak mematuhi kaedah-kaedah pusat penjelasan itu; dan (f) peruntukan yang memuaskan bagi kelas sekuriti atau kontrak niaga hadapan yang boleh dijelaskan melalui kemudahannya. (3) Pusat penjelasan yang dicadangkan itu hendaklah pada setiap masa mempunyai sumber kewangan, sumber manusia dan sumber lain yang mencukupi untuk memastikan peruntukan mengenai— (a) premis yang dilengkapi secukupnya dan sepatutnya bagi penjalanan urus niaganya; (b) kakitangan berwibawa bagi penjalanan urus niaganya; dan (c) sistem automasi dengan kapasiti, perkiraan keselamatan dan kemudahan yang mencukupi untuk menghadapi kecemasan. (4) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa adalah wajar berbuat sedemikian demi kepentingan awam, atau bagi pengawalseliaan yang sepatutnya bagi pusat penjelasan, Suruhanjaya boleh, dengan persetujuan Menteri melalui notis secara bertulis, meluluskan orang itu untuk menubuhkan atau mengendalikan suatu pusat penjelasan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. (5) Pusat penjelasan hendaklah menyediakan kemudahan pusat penjelasan untuk suatu pasaran saham bagi bursa saham yang berkaitan atau untuk suatu pasaran niaga hadapan bagi bursa niaga hadapan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next