My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 45

Capital Markets and Services Act 2007 s 45

s 45 Duty to report on completion of default proceedings

(1) An approved clearing house shall, upon the completion of any default proceedings, make a report on such default proceedings stating in respect of each defaulter— (a) the net sum, if any, certified by the approved clearing house to be payable by or to the defaulter; or (b) the fact that no sum is so payable, as the case may be, and the approved clearing house may include in that report such other particulars in respect of such default proceedings as it thinks fit. (2) An approved clearing house, which has made a report pursuant to subsection (1), shall supply the report to— (a) the Commission; (b) any relevant office-holder acting for— (i) the defaulter to whom the report relates; or (ii) that defaulter’s estate; (c) if there is no relevant office-holder referred to in paragraph (b), the defaulter to whom the report relates; and (d) such other person as the Commission thinks fit. (3) Where an approved clearing house has made a report pursuant to subsection (1), it may publish notice of that fact in such a manner as it thinks appropriate to bring it to the attention of creditors of the defaulter to whom the report relates. (4) Where a relevant office-holder or defaulter, receives a report pursuant to subsection (2), he shall, at the request of a creditor of the defaulter to whom the report relates— (a) make the report available for inspection by the creditor; and (b) on payment of such reasonable fee as the relevant office-holder or defaulter, as the case may be, determines, supply to the creditor all or any part of that report. (5) In subsections (2), (3) and (4), “report” includes a copy of a report.

Malay text (authoritative)

Kewajipan untuk melaporkan apabila selesai prosiding ingkar

(1) Suatu pusat penjelasan diluluskan hendaklah, apabila selesai mana-mana prosiding ingkar, membuat laporan tentang prosiding ingkar itu yang menyatakan berkenaan dengan setiap orang ingkar— (a) jumlah bersih, jika ada, yang diperakui oleh suatu pusat penjelasan diluluskan itu yang kena dibayar oleh atau kepada orang ingkar itu; atau (b) hakikat bahawa tiada jumlah wang kena dibayar sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan pusat penjelasan diluluskan itu boleh memasukkan dalam laporan itu apa-apa butir lain berkenaan dengan prosiding ingkar itu sebagaimana yang difikirkannya patut. (2) Suatu pusat penjelasan diluluskan, yang telah membuat suatu laporan menurut subseksyen (1), hendaklah memberikan laporan itu kepada— (a) Suruhanjaya; (b) mana-mana pemegang jawatan yang berkaitan yang bertindak bagi— (i) orang ingkar yang dimaksudkan oleh laporan itu; atau (ii) estet orang ingkar; (c) jika tidak ada pemegang jawatan yang berkaitan yang disebut dalam perenggan (b), orang ingkar yang dimaksudkan oleh laporan itu; dan (d) mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. (3) Jika suatu pusat penjelasan diluluskan telah membuat suatu laporan menurut subseksyen (1), pusat penjelasan diluluskan itu boleh menyiarkan notis mengenai hakikat itu dalam apa-apa bentuk yang difikirkannya sesuai untuk memberitahu pemiutang orang ingkar yang dimaksudkan oleh laporan itu. (4) Jika seorang pemegang jawatan yang berkaitan atau orang yang ingkar, menerima laporan menurut subseksyen (2), dia hendaklah, atas permintaan pemiutang orang ingkar yang dimaksudkan oleh laporan itu— (a) menjadikan laporan itu tersedia untuk diperiksa oleh pemiutang itu; dan (b) selepas pembayaran apa-apa fi yang munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh pemegang jawatan yang berkaitan atau orang ingkar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberikan kepada pemiutang itu semua atau mana-mana bahagian laporan itu. (5) Dalam subseksyen (2), (3) dan (4), “laporan” termasuklah salinan suatu laporan.

Read this section in the full act → · Open Division 2 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next