(1) The functions to which this section applies are the functions of an approved clearing house so far as relating to or arising out of—
(a) the default rules of the approved clearing house; or
(b) any obligations to which it is subject by virtue of this Subdivision.
(2) A failure by an approved clearing house to comply with its default rules in respect of any matter shall not prevent that matter from being treated for the purposes of this Act as done in accordance with those rules so long as the failure does not affect the rights of any person entitled to require compliance with those rules.
(3) Where a relevant office-holder takes any action in respect of a defaulter which is liable to be dealt with in accordance with the default rules, and believes and has reasonable grounds for believing that he is entitled to take that action, he is not liable to any person in respect of any loss or damage resulting from his action except insofar as the loss or damage, as the case may be, is caused by the office-holder’s own negligence.
Malay text (authoritative)
Imuniti
(1) Fungsi yang baginya seksyen ini terpakai adalah fungsi suatu pusat penjelasan diluluskan setakat yang berhubungan dengan atau timbul daripada—
(a) kaedah-kaedah ingkar pusat penjelasan diluluskan itu; atau
(b) mana-mana obligasi yang kepadanya ia tertakluk menurut kuasa Subpenggal ini.
(2) Suatu kegagalan oleh suatu pusat penjelasan diluluskan untuk mematuhi kaedah-kaedah ingkar berkenaan dengan apaapa perkara tidak menghalang perkara itu daripada dikira bagi maksud Akta ini sebagai dilakukan mengikut kaedah-kaedah itu selagi kegagalan itu tidak menyentuh hak mana-mana orang yang berkelayakan untuk menghendaki pematuhan kaedah-kaedah itu.
(3) Jika pemegang jawatan yang berkaitan mengambil apa-apa tindakan berkenaan dengan seseorang ingkar yang boleh diperlakukan mengikut kaedah-kaedah ingkar itu, dan mempercayai dan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia berhak untuk mengambil tindakan itu, dia tidak bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan mana-mana kehilangan atau kerugian yang terhasil daripada tindakannya kecuali setakat yang kehilangan atau kerugian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, disebabkan oleh kecuaian pemegang jawatan itu sendiri.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).