Capital Markets and Services Act 2007 s 58
s 58 Requirement for Capital Markets Services Licence
(1) No person shall whether as a principal or agent, carry on a business in any regulated activity or hold himself out as carrying on such business unless he is the holder of a Capital Markets Services Licence or is a registered person.
(2) Subsection (1) shall not apply to the persons or classes of persons as specified in Schedule 3.
(3) Except for in respect of an insurance company licensed under the Insurance Act 1996 [Act 553] or a takaful operator registered under the Takaful Act 1984 [Act 312], the Commission may impose such terms and conditions as may be deemed appropriate on specified persons.
(4) A person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.
Malay text (authoritative)
Kehendak bagi Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal
(1) Tiada seorang pun boleh sama ada sebagai prinsipal atau ejen, menjalankan suatu urusan dalam mana-mana aktiviti terkawal atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan urusan itu melainkan jika dia ialah pemegang lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau ialah seorang orang berdaftar.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi orang atau kelas orang yang dinyatakan dalam Jadual 3.
(3) Selain berkenaan dengan suatu syarikat insurans berlesen di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553] atau pengendali takaful berlesen di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312], Suruhanjaya boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang disifatkan sesuai ke atas orang ditentukan.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act β Β· Open Division 1 β
Find Act 671 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).