My bookmarksSign up free
← Capital Markets and Services Act 2007

Capital Markets and Services Act 2007 s 72

Capital Markets and Services Act 2007 s 72

s 72 Revocation and suspension of licence

(1) A licence shall be deemed to be revoked— (a) in the case of a holder of a Capital Markets Services Licence, if the holder is wound up or otherwise dissolved, whether within or outside Malaysia; and (b) in the case of a holder of a Capital Markets Services Representative’s Licence, if the representative dies. (2) The Commission may revoke a licence— (a) in the case of a holder of a Capital Markets Services Licence, if— (i) there exists a ground on which the Commission may refuse an application under subsection 64(1); (ii) the holder fails or ceases to carry on the business in all or any of the regulated activities for which it was licensed for a consecutive period of three months; (iii) the holder contravenes any condition or restriction in respect of its licence or any direction issued to it by the Commission under this Act; or (iv) the holder contravenes any of the rules of the stock exchange, futures exchange, approved clearing house or central depository which is binding upon it: Provided that in the case of a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of dealing in securities or trading in futures contracts, the licence may only be revoked with the concurrence of the Minister; or (b) in the case of a holder of a Capital Markets Services Representative’s Licence, if— (i) there exists a ground on which the Commission may refuse an application under subsection 65(1); (ii) he fails or ceases to act as a representative in respect of all or any of the regulated activities for which he was licensed; (iii) the licence of his principal is revoked; or (iv) the holder contravenes any condition or restriction in respect of his licence or any direction issued to him by the Commission under this Act. (3) Where subsection (2) applies, the Commission may, if it considers it desirable to do so— (a) suspend a licence for a specific period instead of revoking it under subsection (2); and (b) at any time extend or revoke the suspension: Provided that in the case of a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of dealing in securities or trading in futures contracts, the licence may only be suspended with the concurrence of the Minister. (4) Subject to subsection (5), the Commission shall not revoke or suspend a licence under subsection (2) or (3) without giving the licensed person an opportunity to be heard. (5) The Commission may revoke or suspend a licence without giving the licensed person an opportunity to be heard— (a) in the case of a holder of a Capital Markets Services Licence, on any of the following grounds: (i) the holder is in the course of being wound up or otherwise dissolved, whether within or outside Malaysia; (ii) a receiver, a receiver and manager or an equivalent person has been appointed, whether within or outside Malaysia in respect of any property of the holder; or (iii) the holder or any of its directors, chief executive, managers or controller has been convicted of any offence described in subparagraph 64(1)(h)(i) or (ii); or (b) in the case of a holder of a Capital Markets Services Representative’s Licence, on any of the following grounds: (i) the holder is an undischarged bankrupt, whether within or outside Malaysia; or (ii) the holder has been convicted of any offence described in subparagraph 65(1)(g)(i) or (ii). (6) Without prejudice to subsections (2) and (3), the Commission may, on any ground described in subsection (2), impose any restriction on the activities of a licensed person to which its licence relates and such restriction may be permanent or be made for such period as may be determined by the Commission. (7) The Commission shall not impose any restriction under subsection (6) without giving the licensed person an opportunity to be heard. (8) Where the Commission has revoked or suspended a Capital Markets Services Licence or imposed restrictions on a holder of a Capital Markets Services Licence, such holder shall immediately inform all its representatives by notice in writing of such revocation, suspension or imposition of a restriction. (9) A person whose licence is revoked or suspended under this section shall, for the purposes of this Division, be deemed not to be licensed from the date that the revocation or suspension takes effect, as the case may be. (10) A person who— (a) carries on a regulated activity after its licence has been revoked; (b) carries on a regulated activity while its licence has been suspended or is in breach of a restriction imposed under subsection (6); or (c) contravenes subsection (8), commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both, and in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding five thousand ringgit for every day or part thereof during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Pembatalan dan penggantungan lesen

(1) Sesuatu lesen hendaklah disifatkan telah dibatalkan— (a) dalam hal pemegang suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, jika pemegang itu digulung atau selainnya dibubarkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; dan (b) dalam hal pemegang suatu Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran, jika wakil itu mati. (2) Suruhanjaya boleh membatalkan sesuatu lesen— (a) dalam hal pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, jika— (i) wujud alasan yang berdasarkannya Suruhanjaya boleh menolak suatu permohonan di bawah subseksyen 64(1); (ii) pemegang itu tidak atau terhenti menjalankan urusan dalam semua atau mana-mana aktiviti terkawal yang baginya ia dilesenkan bagi suatu tempoh tiga bulan berturut-turut; (iii) pemegang itu melanggar apa-apa syarat atau sekatan berkenaan dengan lesennya atau apa-apa arahan yang dikeluarkan kepadanya oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau (iv) pemegang itu melanggar mana-mana kaedah-kaedah bursa saham, bursa niaga hadapan, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat yang mengikatnya: Dengan syarat bahawa dalam hal pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti atau berdagang dalam kontrak niaga hadapan, lesen itu hanya boleh dibatalkan dengan persetujuan Menteri; atau (b) dalam hal pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal, jika— (i) wujud alasan yang berdasarkannya Suruhanjaya boleh menolak suatu permohonan di bawah subseksyen 65(1); (ii) dia tidak atau terhenti bertindak sebagai wakil berkenaan dengan semua atau mana-mana aktiviti terkawal yang baginya dia dilesenkan; (iii) lesen prinsipalnya dibatalkan; atau (iv) pemegang itu melanggar apa-apa syarat atau sekatan berkenaan dengan lesennya atau apa-apa arahan yang dikeluarkan kepadanya oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini. (3) Jika subseksyen (2) terpakai, Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya wajar untuk berbuat demikian— (a) menggantungkan suatu lesen bagi suatu tempoh tertentu dan tidak membatalkannya di bawah subseksyen (2); dan (b) pada bila-bila masa melanjutkan tempoh atau membatalkan penggantungan itu: Dengan syarat bahawa dalam hal pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti atau berdagang dalam kontrak niaga hadapan, lesen itu hanya boleh digantung dengan persetujuan Menteri. (4) Tertakluk kepada subseksyen (5), Suruhanjaya tidak boleh membatalkan atau menggantung sesuatu lesen di bawah subseksyen (2) atau (3) tanpa memberi peluang untuk didengar kepada orang berlesen itu. (5) Suruhanjaya boleh membatalkan atau menggantung sesuatu lesen tanpa memberi peluang untuk didengar kepada orang berlesen itu— (a) dalam hal pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, atas apa-apa alasan yang berikut: (i) pemegang itu sedang digulung atau selainnya dibubarkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; (ii) seseorang penerima, penerima dan pengurus atau orang yang setaraf dengannya telah dilantik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan mana-mana harta pemegang itu; atau (iii) seseorang pemegang atau mana-mana pengarah, ketua eksekutif, pengurus atau pengawalnya telah disabitkan atas mana-mana kesalahan yang diperihalkan dalam subperenggan 64(1)(h)(i) atau (ii); atau (b) dalam hal pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal, atas apa-apa alasan yang berikut: (i) pemegang itu merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau (ii) pemegang itu telah disabitkan atas mana-mana kesalahan yang diperihalkan dalam subperenggan 65(1)(g)(i) atau (ii). (6) Tanpa menjejaskan subseksyen (2) dan (3), Suruhanjaya boleh, atas mana-mana alasan yang diperihalkan dalam subseksyen (2), mengenakan apa-apa sekatan ke atas aktiviti orang berlesen yang dimaksudkan oleh lesennya dan sekatan itu boleh kekal atau dibuat bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (7) Suruhanjaya tidak boleh mengenakan apa-apa sekatan di bawah subseksyen (6) tanpa memberi peluang untuk didengar kepada orang berlesen itu. (8) Jika Suruhanjaya telah membatalkan atau menggantung suatu Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau mengenakan sekatan ke atas pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, pemegang itu hendaklah dengan serta-merta memaklumkan semua wakilnya melalui notis secara bertulis tentang pembatalan, penggantungan atau pengenaan sekatan itu. (9) Seseorang yang lesennya dibatalkan atau digantung di bawah seksyen ini hendaklah, bagi maksud Penggal ini, disifatkan tidak dilesenkan dari tarikh pembatalan atau penggantungan itu berkuat kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan. (10) Seseorang yang— (a) menjalankan suatu aktiviti terkawal selepas lesennya dibatalkan; (b) menjalankan suatu aktiviti terkawal semasa lesennya digantung atau melanggar sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen (6); atau (c) melanggar subseksyen (8), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Read this section in the full act → · Open Division 1 →

Find Act 671 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next