(1) Subject to subsection (4), a holder of a Capital Markets Services License who carries on the business of dealing in securities shall not, as principal, deal in any securities with a person who
is not such a holder unless the holder first informs such person that the holder is acting in the transaction as principal and not as agent.
(2) A reference in this section to a holder of a Capital Markets Services License who carries on the business of dealing in securities as principal includes a reference to a person—
(a) dealing or entering into a transaction on behalf of a person associated with such holder;
(b) dealing in securities on behalf of a corporation in which it has a controlling interest; or
(c) where it carries on a business of dealing in securities on behalf of a corporation in which its interest and the interests of its directors together constitute a controlling interest.
(3) A holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of dealing in securities, who as principal, deals in securities with a person who is not such a holder shall state in the contract note that the holder is acting in the transaction as principal and not as agent.
(4) Subsection (1) shall not apply to a transaction of sale or purchase of an odd lot of securities entered into by a holder of a Capital Markets Services Licence who is a participating organization and specialises in transactions relating to odd lots of securities.
(5) Where a holder of a Capital Markets Services Licence who carries on the business of dealing in securities contravenes subsection (1) or (3) in respect of a contract—
(a) for the sale of securities by the holder, the purchaser of the securities may, if he has not disposed of them, rescind the contract by a notice of rescission in writing given to the holder not later than fourteen days after the receipt of the contract note or on becoming aware of the contravention of subsection (1) or (3), whichever is the later; or
(b) for a purchase of securities by the holder, the vendor of the securities may rescind the contract by a notice of rescission in writing given to the holder not later than fourteen days after the receipt of the contract note or on becoming aware of the contravention of subsection
(1) or (3), whichever is the later.
(6) Any right of action that is conferred on a purchaser or vendor under subsection (5) is in addition to any right that such purchaser or vendor has under any other law.
(7) A person who contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ten years or to both.
Malay text (authoritative)
Berurusan sebagai prinsipal
(1) Tertakluk kepada subseksyen (4), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga sekuriti tidak boleh, sebagai prinsipal, berniaga dalam apa-apa sekuriti dengan seseorang yang bukan pemegang melainkan jika pemegang itu terlebih dahulu memaklumkan orang itu bahawa pemegang itu bertindak dalam transaksi itu sebagai prinsipal dan bukan sebagai ejen.
(2) Sebutan dalam seksyen ini mengenai pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti sebagai prinsipal termasuklah sebutan mengenai seorang—
(a) yang berniaga atau membuat transaksi bagi pihak seseorang yang bersekutu dengan pemegang itu;
(b) yang berniaga dalam sekuriti bagi pihak suatu perbadanan yang dalamnya ia mempunyai suatu kepentingan mengawal; atau
(c) jika ia menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti bagi pihak suatu perbadanan yang dalamnya kepentingannya dan kepentingan pengarahnya bersama menjadi suatu kepentingan mengawal.
(3) Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti, yang sebagai prinsipal, berniaga dalam sekuriti dengan seseorang yang bukan pemegang hendaklah menyatakan dalam nota kontrak bahawa pemegang itu bertindak dalam transaksi itu sebagai prinsipal dan bukan sebagai ejen.
(4) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi transaksi penjualan atau pembelian sekuriti berlot ganjil yang dibuat oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang merupakan organisasi peserta dan mahir dalam transaksi yang berhubungan dengan sekuriti berlot ganjil.
(5) Jika pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga sekuriti melanggar subseksyen (1) atau (3) berkenaan dengan suatu kontrak—
(a) bagi penjualan sekuriti oleh pemegang itu, pembeli sekuriti itu boleh, jika dia belum lagi melupuskannya, membatalkan kontrak itu melalui suatu notis pembatalan secara bertulis yang diberikan kepada pemegang itu tidak lewat daripada empat belas hari selepas penerimaan nota kontrak itu atau apabila menyedari tentang pelanggaran subseksyen (1) atau (3), mengikut mana-mana yang terkemudian; atau
(b) bagi pembelian sekuriti oleh pemegang itu, penjual sekuriti itu boleh membatalkan kontrak itu melalui suatu notis pembatalan secara bertulis yang diberikan kepada pemegang itu tidak lewat daripada empat belas hari selepas penerimaan nota kontrak itu atau apabila menyedari tentang pelanggaran subseksyen (1) atau (3), mengikut mana-mana yang terkemudian.
(6) Apa-apa hak tindakan yang diberikan ke atas pembeli atau penjual di bawah subseksyen (5) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa hak yang ada pada pembeli atau penjual itu di bawah mana-mana undang-undang lain.
(7) Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).