My bookmarksSign up free
← Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 100

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 100

s 100 Solid waste management facilities installed or constructed without approval before the coming into operation of this Act

(1) If the Director General is satisfied on reasonable ground that— (a) any solid waste management facilities had been installed or constructed without approval under any written law before the coming into operation of this Act; and (b) the continued existence of the solid waste management facilities— (i) is such that the danger is posed to the safety or health of any person living in the vicinity of the solid waste management facilities; or (ii) is likely to be used in contravention of this Act, the Director General may make a written complaint to a Magistrate. (2) Upon receipt of the written complaint under subsection (1), the Magistrate shall issue a summons requiring the owner or occupier of the solid waste management facilities to appear before the Magistrate and upon his appearance or default to appear, but due service of the summons being proved, the Magistrate shall proceed to hear the complaint and may— (a) dismiss the complaint; or (b) make an order for the demolition of the solid waste management facilities within a time specified in the order. (3) Any person who fails to comply with the order made under paragraph (2)(b) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not less than ten thousand ringgit and not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both. (4) Upon expiry of the time specified in the order under paragraph (2)(b), the Director General may execute the order and cost such work shall be a debt due to the Government and shall be recoverable accordingly.

Malay text (authoritative)

Kemudahan pengurusan sisa pepejal yang dipasang atau dibina tanpa kebenaran sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini

(1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati atas alasan yang munasabah bahawa— (a) mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal telah dipasang atau dibina tanpa kebenaran di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; dan (b) penerusan kewujudan pengurusan sisa pepejal itu— (i) adalah sebegitu rupa sehingga keselamatan atau kesihatan mana-mana orang yang tinggal di sekitar kemudahan pengurusan sisa pepejal itu terdedah kepada bahaya; atau (ii) berkemungkinan digunakan berlanggaran dengan Akta ini, Ketua Pengarah boleh membuat aduan bertulis kepada Majistret. (2) Apabila diterima aduan bertulis di bawah subseksyen (1), Majistret hendaklah mengeluarkan saman yang menghendaki pemunya atau penghuni kemudahan pengurusan sisa pepejal itu hadir di hadapan Majistret dan apabila dia hadir atau tidak hadir, tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya dibuktikan, Majistret hendaklah meneruskan pendengaran aduan itu dan boleh— (a) menolak aduan itu; atau (b) membuat suatu perintah perobohan kemudahan pengurusan sisa pepejal itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu. (3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah perenggan (2)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (4) Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam perintah di bawah perenggan (2)(b), Ketua Pengarah boleh melaksanakan perintah itu dan kos bagi kerja itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 672 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next