My bookmarksSign up free
← Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 103

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 103

s 103 Solid Waste and Public Cleansing Management Fund

(1) A fund to be known as the “Solid Waste and Public Cleansing Management Fund” is established and shall be controlled and operated by the Corporation. (2) The Solid Waste and Public Cleansing Management Fund shall consist of— (a) any sums contributed by the State Government and local authority under any arrangements made pursuant to the Federal Constitution; (b) all moneys received from the charges, fees or levy imposed under section 30; (c) all moneys appropriated from the Federal Government for the management of controlled solid waste and public cleansing. (3) The Solid Waste and Public Cleansing Management Fund shall be expended for the following purposes: (a) paying for the cost incurred as a result of the agreement made under section 4; and (b) paying for the charges, fees or levy in relation to the direction given by the Director General under subsection 23(5) to carry out solid waste management services and public cleansing management services. (4) The Corporation shall cause proper accounts of the Solid Waste and Public Cleansing Management Fund and proper reports of its activities in respect of the Fund to be kept and shall, as soon as practicable after the end of the financial year, cause to be prepared for that financial year— (a) a statement of accounts which shall include a balance sheet and an account of the contributions and expenditure; and (b) a statements of its activities. (5) The Corporation shall as soon as possible send a copy of statement of accounts certified by the auditors and a copy of auditors’ report to the Minister and the Minister shall cause them to be laid before both Houses of Parliament.

Malay text (authoritative)

Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

(1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam” ditubuhkan dan hendaklah dikawal dan dikendalikan oleh Perbadanan. (2) Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan di bawah apa-apa perkiraan yang dibuat menurut Perlembagaan Persekutuan; (b) segala wang yang diterima daripada caj, fi atau levi yang dikenakan di bawah seksyen 30; (c) segala wang yang diuntukkan daripada Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. (3) Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut: (a) membayar kos yang ditanggung berikutan dengan perjanjian yang dibuat di bawah seksyen 4; dan (b) membayar caj, fi atau levi berhubung dengan arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 23(5) untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam. (4) Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan laporan aktivitinya yang sepatutnya berkenaan dengan Kumpulan Wang itu disimpan dan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu— (a) suatu penyata akaun yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun sumbangan dan perbelanjaan; dan (b) suatu pernyataan mengenai aktivitinya. (5) Perbadanan hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri dan Menteri hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itu dibentangkan di hadapan keduadua Majlis Parlimen.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 672 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next