Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 111
s 111 Existing agreements and supplementary agreements
(1) A person shall only be authorized to carry out the services and activities stipulated in any agreement and supplementary agreement in respect of solid waste management services and public cleansing management services made with any Federal or State agencies or departments or local authorities for a period of one year from the appointed date or such other periods as may be extended by the Director General if the person lodges a certified copy of the agreement and supplementary agreement with the Director General within six months from the appointed date or such other period as may be extended by the Director General.
(2) The authorization granted to the person authorized under subsection (1) shall lapse if they fail to register with the Director General within six months or any extended period mentioned in subsection (1) after the appointed date.
(3) The person authorized under subsection (1) shall as soon as possible after lodging his agreement and supplementary agreements, but in any event not later than six months after the lodgement date, commence renegotiation of his agreement and supplementary agreement with the Federal Government and the other counter parties to the agreement and supplementary agreement so as to address any national interest issues arising from the appointed date.
(4) The determination of what amounts to national interest issues arising from the appointed date shall be made by the Minister and such determination shall be final and binding upon all persons and shall not be challenged, appealed against, reviewed, quashed or questioned in any court.
(5) If amendments are made upon the finalization of the renegotiated agreement or supplementary agreement, the Director General shall register the amended agreements.
(6) Notwithstanding the provisions of this Act or any other written law, the failure of the person authorized under this section to commence renegotiation of his agreement and supplementary agreement as required under subsection (3) shall be a ground for the authorization referred to in subsection (1) to be revoked or for a licence under this Act not to be granted to such person.
(7) If an authorization has been revoked under subsection (6) or if a grant of licence is refused on the ground specified in subsection (6), the Federal Government, Minister or Director General shall not be liableβ
(a) to pay any compensation to; and
(b) for any loss or damage suffered or incurred by,
the person affected by the revocation of the authorization or the refusal of the grant of the licence.
Malay text (authoritative)
Perjanjian dan perjanjian tambahan sedia ada
(1) Seseorang hendaklah hanya diberi kuasa untuk menjalankan perkhidmatan dan aktiviti yang dinyatakan dalam mana-mana perjanjian dan perjanjian tambahan berkenaan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam yang dibuat dengan manamana agensi atau jabatan Persekutuan atau Negeri atau pihak berkuasa tempatan selama tempoh satu tahun dari tarikh ditetapkan atau apa-apa tempoh
lain yang dilanjutkan oleh Ketua Pengarah jika orang itu menyerah simpan suatu salinan perjanjian dan perjanjian tambahan yang diperakui dengan Ketua Pengarah dalam masa enam bulan dari tarikh ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan oleh Ketua Pengarah.
(2) Pemberikuasaan yang diberikan kepada orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah luput jika mereka tidak berdaftar dengan Ketua Pengarah dalam masa enam bulan atau apa-apa tempoh lanjutan yang disebut dalam subseksyen (1) selepas tarikh ditetapkan.
(3) Orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas menyerah simpan perjanjian dan perjanjian tambahannya, tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada enam bulan selepas tarikh penyerahsimpanan itu, memulakan rundingan semula perjanjian dan perjanjian tambahannya dengan Kerajaan Persekutuan dan pihak lain kepada perjanjian dan perjanjian tambahan itu supaya dapat menangani apa-apa isu kepentingan negara yang berbangkit dari tarikh ditetapkan.
(4) Penentuan mengenai apa yang terjumlah sebagai isu kepentingan negara yang berbangkit dari tarikh ditetapkan hendaklah dibuat oleh Menteri dan penentuan sedemikian hendaklah muktamad dan mengikat semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
(5) Jika pindaan dibuat apabila perjanjian atau perjanjian tambahan yang dirunding semula itu dimuktamadkan, Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan perjanjian yang dipinda itu.
(6) Walau apa pun peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, kegagalan seseorang yang diberi kuasa di bawah seksyen ini untuk memulakan rundingan semula perjanjian dan perjanjian tambahannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi suatu alasan bagi pemberikuasaan yang disebut dalam subseksyen (1) dibatalkan atau bagi suatu lesen di bawah Akta ini tidak diberikan kepada orang itu.
(7) Jika suatu pemberikuasaan telah dibatalkan di bawah subseksyen (6) atau jika lesen tidak diberikan atas alasan yang dinyatakan dalam subseksyen
(6), Kerajaan Persekutuan, Menteri atau Ketua Pengarah tidaklah bertanggunganβ
(a) untuk membayar apa-apa pampasan kepada; dan
(b) bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau yang ditanggung oleh,
orang yang tersentuh oleh pembatalan pemberikuasaan itu atau keengganan untuk memberikan lesen itu.
Read this section in the full act β Β· Open Part XII β
Find Act 672 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).