My bookmarksSign up free
← Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 26

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 26

s 26 Renewal of licence

(1) A licensee may apply for a renewal of his licence not later than one year before the date of expiry of the existing licence. (2) Notwithstanding subsection (1), the Director General may, subject to the payment of a penalty not exceeding three thousand ringgit, impose on the licensee, allow an application for renewal of the licence made after the time specified in subsection (1), but no application for renewal shall be allowed where the application is made after the date of expiry of the licence. (3) The Director General shall, on the recommendation of the Corporation, upon payment of the prescribed fee, renew an existing licence except in the following circumstances: (a) the licensee has failed to comply with any provisions of this Act or any regulations made under this Act; (b) the licensee has failed to comply with any of the conditions of the licence; (c) the licensee had improperly or illegally obtained the licence; (d) the licensee has been convicted of an offence under this Act or any regulations made under this Act; (e) a receiver, receiver and manager, provisional liquidator or like official has been appointed over the whole or substantial part of the licensee’s assets and such appointment is not revoked or annulled within a period of sixty days from the date of such appointment; or (f) there has been any act or default on the part of the licensee or there has been a change of circumstances such that the licensee would no longer be entitled to be granted a licence under this Act. (4) The Director General may request the licensee to provide any information or document as may be required for the renewal application within a period specified in the request. (5) Notwithstanding subsection (3), if the information or document requested under subsection (4) is not provided by the licensee within the period specified in the request or any extension of time granted, the Director General may not renew the licence. (6) If the Director General refuses to renew the licence, he shall inform the licensee by written notice as soon as practicable of refusal to renew the licence. (7) The licensee shall be given an opportunity to make written submissions to the Director General within a period specified in the written notice referred in subsection (6) which shall not be less than fourteen days. (8) After the expiry of the period specified in the written notice under subsection (7), the Director General shall, after considering any written submissions made by the licensee and having due regard to any recommendation of the Corporation, decide whether or not to renew the licence. (9) If the Director General decides not to renew the licence, he shall notify the licensee as soon as practicable of the said decision and the reason for his decision.

Malay text (authoritative)

Pembaharuan lesen

(1) Pemegang lesen boleh memohon untuk membaharui lesennya tidak lewat daripada satu tahun sebelum tarikh habis tempoh lesen yang sedia ada itu. (2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, tertakluk kepada pembayaran suatu penalti yang tidak melebihi tiga ribu ringgit, yang boleh dikenakan ke atas pemegang lesen, membenarkan permohonan untuk membaharui lesen dibuat selepas tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), tetapi tiada permohonan untuk pembaharuan boleh dibenarkan sekiranya permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh lesen itu. (3) Ketua Pengarah hendaklah, atas syor Perbadanan, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membaharui lesen yang sedia ada melainkan dalam keadaan yang berikut: (a) pemegang lesen itu telah tidak mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (b) pemegang lesen itu telah tidak mematuhi mana-mana syarat lesen itu; (c) pemegang lesen itu telah mendapatkan lesen itu secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang; (d) pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (e) seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset pemegang lesen itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu; atau (f) telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran pada pihak pemegang lesen itu atau telah wujud suatu perubahan dalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemegang lesen itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen di bawah Akta ini. (4) Ketua Pengarah boleh meminta pemegang lesen itu untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki bagi permohonan pembaharuan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu. (5) Walau apa pun subseksyen (3), jika maklumat atau dokumen yang diminta di bawah subseksyen (4) tidak diberikan oleh pemegang lesen itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan, Ketua Pengarah boleh tidak membaharui lesen itu. (6) Jika Ketua Pengarah enggan membaharui lesen itu, Ketua Pengarah hendaklah memaklumkan pemegang lesen itu melalui notis bertulis secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keengganannya untuk membaharui lesen itu. (7) Pemegang lesen itu hendaklah diberi peluang untuk membuat penghujahan bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (6) yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari. (8) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis di bawah subseksyen (7), Ketua Pengarah hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Perbadanan, memutuskan sama ada membaharui lesen itu atau tidak. (9) Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk tidak membaharui lesen itu, Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pemegang lesen secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keputusan itu dan alasan bagi keputusannya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 672 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next