My bookmarksSign up free
← Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 70

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 70

s 70 Action of Corporation in respect of licensee in certain circumstances

(1) Where the Corporation— (a) has been informed by a licensee of any circumstances referred to in section 69; or (b) is satisfied— (i) that the licence or authorization of a licensee has been revoked and the licensee continues to provide solid waste management services and public cleansing management services in contravention of this Act and any regulations made under this Act; (ii) that there has been or is a contravention by the licensee of any direction by the Corporation as is serious enough to make it inappropriate for the licensee to continue to hold its licence; (iii) that the licensee is insolvent or has suspended payment to any extent that prejudices its operations or that there are facts or circumstances which is likely to lead to the licensee becoming insolvent or to the licensee suspending payment to any extent that prejudices its operations; or (iv) that the licensee has contravened any provision of this Act or has contravened any condition of its licence as is serious enough to make it inappropriate for the licensee to continue to hold its licence, the Corporation may, by order published in the Gazette, exercise any one or more of the following powers, as it deems necessary: (A) require the licensee to take any step, action or to do or not to do any act or thing in relation to the licensee or its business, directors or officers as may be specified, and within the period set out, by the Corporation in the order; (B) notwithstanding anything in any written law or any limitations contained in the constituent documents of the licensee, remove an officer of the licensee from his office with effect from a date as may be set out in the order; (C) notwithstanding anything in any written law or any limitations contained in the constituent documents of the licensee, in particular, a limitation as to the minimum or maximum number of directors— (i) remove any director of the licensee from his office with effect from a date as may be set out in the order; or (ii) appoint one or more persons as a director or directors of the licensee and provide for any of the persons so appointed to be paid by the licensee such remuneration as may be set out in the order; or (D) appoint a person to advise the licensee in relation to the proper conduct of its business and provide for the person so appointed to be paid by the licensee such remuneration as may be set out in the order. (2) The powers of the Corporation under paragraphs (1)(B), (C) and (D) shall be exercised only with the prior concurrence of the Minister. (3) If any of the circumstances as set out in paragraphs (1)(a) and (b) exist in respect of a licensee and the Corporation is of the opinion that it is necessary in the public interest, the Corporation may, whether or not it has exercised any of its powers under paragraph (1)(A), (B), (C) or (D), make a recommendation to the Minister— (a) for the Corporation to assume control of the whole of the property, business and affairs of the licensee and carry on the whole of its business and affairs; (b) for the Corporation to assume control of such part of the property, business and affairs of the licensee as may be specified by the Corporation and carry on such part of the business and affairs; (c) for the Corporation to appoint any person to exercise any of the powers of the Corporation under paragraph (a) or (b) on behalf of the Corporation; or (d) for the expenses of the Corporation, or the remuneration of the person so appointed under paragraph (c), as the case may be, to be payable out of the assets of the licensee in priority to all other claims whether secured or unsecured. (4) If the Minister agrees with the recommendation of the Corporation under subsection (3), he shall make an order to be published in the Gazette specifying his decision and the action to be taken by the Corporation accordingly. (5) An order of the Corporation under subsection (1) or an order of the Minister under subsection (4) may from time to time be amended or replaced by a further order under subsection (1) or (4), by the Corporation or the Minister, as the case may be. (6) No order under subsection (1), (4) or (5) shall be made unless— (a) the licensee in respect of which the order is to be made; and (b) in the case of an order under paragraph (1)(B) or subparagraph (C)(i), the officer or director who is to be removed from office, has been given a reasonable opportunity of making representations against, or otherwise in respect of, the proposed order. (7) Notwithstanding subsection (6), if in the opinion of the Corporation— (a) in the case of an order to be made by the Corporation under subsection (1) or (5); or (b) in the case of an order to be made by the Minister under subsection (4) or (5), any delay would be detrimental to the interests of the solid waste generator or to the public or to any section of the public, the order may be made first and the opportunity to make representations against or otherwise in relation to the order shall, in such case, be given immediately after the order has been made, and the order may, in consequence of such representations either be confirmed or be amended or replaced under subsection (5), or be revoked under subsection (8). (8) An order made under subsection (1), (4) or (5) may be revoked by the Corporation or the Minister, as the case may be, in the same manner as the order was made. (9) A person who contravenes an order of the Corporation under paragraph (1)(A), (B), (C) or (D) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.

Malay text (authoritative)

Tindakan Perbadanan berkenaan dengan pemegang lesen dalam hal keadaan tertentu

(1) Jika Perbadanan— (a) telah dimaklumkan oleh pemegang lesen mengenai apa- apa hal keadaan yang disebut dalam seksyen 69; atau (b) berpuas hati— (i) bahawa lesen itu atau pemberikuasaan pemegang lesen telah dibatalkan dan pemegang lesen terus menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam berlanggaran dengan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (ii) bahawa telah berlakunya atau ada pelanggaran oleh pemegang lesen mengenai apa-apa arahan Perbadanan yang sebegitu serius sehingga menjadikannya tidak wajar bagi pemegang lesen untuk terus memegang lesennya; (iii) bahawa pemegang lesen tidak solven atau telah menggantungkan pembayaran hingga apa-apa takat yang menjejaskan pengendaliannya atau bahawa terdapat fakta atau hal keadaan yang berkemungkinan akan membawa kepada pemegang lesen menjadi tidak solven atau kepada pemegang lesen menggantungkan pembayaran hingga apa-apa takat yang menjejaskan pengendaliannya; atau (iv) bahawa pemegang lesen telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau telah melanggar apa-apa syarat lesennya yang sebegitu serius sehingga menjadikannya tidak wajar bagi pemegang lesen itu terus memegang lesennya, Perbadanan boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menjalankan mana-mana satu atau lebih daripada kuasa yang berikut, sebagaimana yang disifatkannya perlu: (A) menghendaki pemegang lesen untuk mengambil apa-apa langkah, tindakan atau untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau benda berhubung dengan pemegang lesen itu atau perniagaan, pengarah atau pegawainya sebagaimana yang dinyatakan, dan dalam tempoh yang dinyatakan, oleh Perbadanan dalam perintah itu; (B) walau apa pun apa-apa jua yang terdapat dalam mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa had yang terkandung dalam dokumen penubuhan pemegang lesen, menyingkirkan seseorang pegawai pemegang lesen daripada jawatannya berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu; (C) walau apa pun apa-apa jua yang terdapat dalam mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa had yang terkandung dalam dokumen penubuhan pemegang lesen, khususnya, had tentang bilangan minimum atau maksimum pengarah— (i) menyingkirkan mana-mana pengarah pemegang lesen daripada jawatannya berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu; atau (ii) melantik seorang atau lebih sebagai pengarah atau pengarah-pengarah pemegang lesen dan mengadakan peruntukan bagi mana-mana orang yang dilantik sedemikian dibayar apa-apa saran oleh pemegang lesen itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; atau (D) melantik seseorang untuk menasihati pemegang lesen berhubung dengan penjalanan sepatutnya perniagaannya dan mengadakan peruntukan bagi orang yang dilantik sedemikian dibayar apa-apa saraan oleh pemegang lesen itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. (2) Kuasa Perbadanan di bawah perenggan (1)(B), (C) dan (D) hendaklah dijalankan hanya dengan persetujuan Menteri terlebih dahulu. (3) Jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b) wujud berkenaan dengan pemegang lesen dan Perbadanan berpendapat bahawa adalah perlu demi kepentingan awam, Perbadanan boleh, sama ada atau tidak Perbadanan telah menjalankan mana-mana kuasanya di bawah perenggan (1)(A), (B), (C) atau (D), membuat syor kepada Menteri— (a) supaya Perbadanan mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen itu dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwalnya; (b) supaya Perbadanan mengambil alih kawalan ke atas apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Perbadanan dan menjalankan mana-mana bahagian perniagaan dan hal ehwal itu; (c) supaya Perbadanan melantik mana-mana orang untuk menjalankan mana-mana kuasa Perbadanan di bawah perenggan (a) atau (b) bagi pihak Perbadanan; atau (d) supaya belanja Perbadanan, atau saraan orang yang dilantik sedemikian di bawah perenggan (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada aset pemegang lesen itu dengan diberikan keutamaan daripada semua tuntutan lain sama ada bercagar atau tidak bercagar. (4) Jika Menteri bersetuju dengan syor Perbadanan di bawah subseksyen (3), dia hendaklah membuat suatu perintah yang hendaklah disiarkan dalam Warta yang menyatakan keputusannya dan tindakan yang hendaklah diambil oleh Perbadanan dengan sewajarnya. (5) Suatu perintah Perbadanan di bawah subseksyen (1) atau suatu perintah Menteri di bawah subseksyen (4) boleh dipinda atau digantikan dari semasa ke semasa oleh suatu perintah lanjut di bawah subseksyen (1) atau (4), oleh Perbadanan atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan. (6) Tiada perintah di bawah subseksyen (1), (4) atau (5) boleh dibuat melainkan jika— (a) pemegang lesen yang berkenaan dengannya perintah itu hendak dibuat; dan (b) dalam hal suatu perintah di bawah perenggan (1)(B) atau subperenggan (C)(i), pegawai atau pengarah yang hendak disingkirkan daripada jawatan itu, telah diberi suatu peluang yang munasabah untuk membuat representasi terhadap, atau selainnya berkenaan dengan, perintah yang dicadangkan itu. (7) Walau apa pun subseksyen (6), jika pada pendapat Perbadanan— (a) dalam hal suatu perintah yang dibuat oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1) atau (5); atau (b) dalam hal suatu perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (4) atau (5), apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan penghasil sisa pepejal atau orang ramai atau kepada mana-mana kumpulan orang ramai, perintah itu boleh dibuat dahulu dan peluang untuk membuat representasi terhadap atau selainnya berhubung dengan perintah itu hendaklah, dalam hal itu, diberikan sebaik selepas perintah itu dibuat, dan perintah itu boleh, berikutan daripada representasi sedemikian sama ada disahkan atau dipinda atau digantikan di bawah subseksyen (5), atau dibatalkan di bawah subseksyen (8). (8) Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), (4) atau (5), boleh dibatalkan oleh Perbadanan atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut cara sebagaimana perintah itu dibuat. (9) Seseorang yang melanggar perintah Perbadanan di bawah perenggan (1)(A), (B), (C) atau (D) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 672 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next