My bookmarksSign up free
← Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 77

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 77

s 77 Offences for causing damage to vehicles, receptacles or other solid waste management facilities

(1) Any person who by a deliberate or rash or negligent act or omission caused damage to receptacles, vehicles or solid waste management facilities commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not less than ten thousand ringgit and not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both. (2) Any person who causes any damage under subsection (1) shall, in addition to the penalty under that subsection, make good or be liable to pay full compensation for the damage he has done within a specified time as the court thinks fit. (3) Without prejudice to subsection (1), any court before which a person is charged with an offence under this Act— (a) may assess the compensation payable under this section; and (b) may make an order for the payment of the compensation, and any such order may be enforced as if it were a judgment in civil action. (4) Nothing shall operate to relieve the person with whom an agreement has been made under section 4 or a licensee from liability arising under subsection (1) and the person or licensee shall also be liable to any damage shown to have resulted from any deliberate or rash or negligent act or omission on the part of persons employed by him, or his servants or agents.

Malay text (authoritative)

Kesalahan kerana menyebabkan kerosakan kepada kenderaan, bekas atau kemudahan pengurusan sisa pepejal lain

(1) Mana-mana orang yang kerana perbuatan atau peninggalan yang sengaja atau terburu-buru atau cuai telah menyebabkan kerosakan pada bekas, kenderaan atau kemudahan pengurusan sisa pepejal melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang menyebabkan apa-apa kerosakan di bawah subseksyen (1) hendaklah, sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen itu, membaiki atau bertanggungan untuk membayar ganti rugi sepenuhnya bagi kerosakan yang telah dilakukannya dalam masa yang dinyatakan sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah. (3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), mana-mana mahkamah yang di hadapannya seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini— (a) boleh mentaksirkan pampasan yang kena dibayar di bawah seksyen ini; dan (b) boleh membuat perintah bagi pembayaran pampasan itu, dan mana-mana perintah sedemikian boleh dikuatkuasakan seolah-olah perintah itu suatu penghakiman dalam tindakan sivil. (4) Tiada apa-apa jua boleh berkuat kuasa untuk melepaskan seseorang yang dengannya perjanjian telah dibuat di bawah seksyen 4 atau seorang pemegang lesen daripada tanggungan yang berbangkit di bawah subseksyen (1) dan orang atau pemegang lesen itu hendaklah juga bertanggungan atas apaapa kerosakan yang ditunjukkan telah disebabkan oleh apa-apa tindakan atau peninggalan yang sengaja atau terburu-buru atau cuai orang yang diambil kerja olehnya, atau pekhidmat atau ejennya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 672 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next