My bookmarksSign up free
← Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 81

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 81

s 81 Search and seizure with warrant

(1) If it appears to a Magistrate, upon written information on oath and after such inquiry as he considers necessary, that there is a reasonable cause to believe that any premises have been used or are about to be used for, or there is in or on any premises, evidence necessary to establish, the commission of an offence under this Act, the Magistrate may issue a warrant authorizing an authorized officer to whom it is directed, at any reasonable time by day or night and with or without assistanceβ€” (a) to enter any premises and there search for, seize and detain any property, equipment, machinery, book, record, document, container, receptacle or other article; (b) to inspect, make copies of, or take extracts from, any book, record, document or other article so seized and detained; (c) to take possession of, and remove from the premises, any property, equipment, machinery, book, record, document, container, receptacle or other article so seized and detain it for such period as may be necessary; (d) to search any person who is in, or on, such premises, and for the purpose of the search, detain the person and remove him to such place as may be necessary to facilitate the search, and seize and detain any property or document found on the person; or (e) to break open, examine, and search any container, receptacle or other article. (2) An authorized officer acting under subsection (1) may, if it is necessary to do soβ€” (a) break open any outer or inner door of any premises and enter the premises; (b) forcibly enter any premises and every part thereof; (c) remove by force any obstruction to the entry, search, seizure, detention or removal that he is empowered to effect; or (d) detain any person found on any premises searched under subsection (1) until the search is completed. (3) If, by reason of its nature, size or amount, it is not practicable to remove any property, equipment, machinery, book, record, document, container, receptacle or other article seized under this section, the authorized officer making the seizure shall, by any means, seal such property, equipment, machinery, book, record, document, container, receptacle or other article. (4) Any person who, without lawful authority, breaks, tampers with or damages the seal referred to in subsection (3) or removes the property, equipment, machinery, book, record, document, container, receptacle or other article under seal or attempts to do so commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both and in the case of a continuing offence be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit for every day or a part of a day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Menggeledah dan menyita dengan waran

(1) Jika didapati oleh Majistret, berdasarkan maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang didapatinya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan atau hendak digunakan bagi, atau terdapat di dalam atau di mana-mana premis, keterangan yang diperlukan untuk membuktikan, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa pegawai diberi kuasa yang kepadanya waran itu diarahkan, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuanβ€” (a) untuk memasuki mana-mana premis dan menggeledah, menyita dan menahan apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain; (b) untuk memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, mana-mana buku, rekod, dokumen atau barang lain yang disita dan ditahan; (c) mengambil milikan, dan mengalihkan dari premis itu, apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain yang disita sedemikian atau menahannya selama apa-apa tempoh yang diperlukan; (d) memeriksa mana-mana orang yang ada di dalam, atau di premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu, menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk memudahkan penggeledahan itu, dan menyita dan menahan apa-apa harta atau dokumen yang dijumpai pada orang itu; atau (e) memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apa bejana, bekas atau barang lain. (2) Seseorang pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu berbuat demikianβ€” (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalam premis itu; (b) dengan kekerasan masuk ke dalam mana-mana premis dan tiaptiap bahagiannya; (c) dengan kekerasan mengalihkan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan itu yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau (d) menahan mana-mana orang yang ditemui di mana-mana premis yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga penggeledahan itu selesai. (3) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau jumlahnya, pengalihan mana-mana harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain yang disita di bawah seksyen ini tidak dapat dilaksanakan, pegawai diberi kuasa yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain itu. (4) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3) atau mengalihkan harta, kelengkapan, jentera, buku rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain yang dilak atau, cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IX β†’

Find Act 672 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next