Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 84
s 84 Power to stop, search and seize vehicle
(1) If an authorized officer has reasonable cause to suspect that any vehicle is carrying any thing in respect of which an offence under this Act or any regulations made under this Act is being or has been committed, he may stop and examine the vehicle and may, if on examination he has reasonable cause to believe that such vehicle is or has been used for the commission of such offence, seize the vehicle and any thing found in the vehicle that is reasonably believed to furnish evidence of the commission of the offence.
(2) The person in control or in charge of the vehicle shall, if required to do so by the authorized officer—
(a) stop the vehicle and allow the authorized officer to examine it; and
(b) open all parts of the vehicle for examination and take all measures necessary to enable or facilitate the carrying out of such examination as the authorized officer considers necessary.
(3) Any person who contravenes subsection (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both and in the case of a continuing offence be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit for every day or a part of a day during which the offence continues after conviction.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita kenderaan
(1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana kenderaan membawa apaapa benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa kenderaan itu dan boleh, jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa kenderaan itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita kenderaan dan apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu yang semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
(2) Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa—
(a) memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa untuk memeriksanya; dan
(b) membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan sebagaimana yang didapati perlu oleh pegawai diberi kuasa.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh didenda
tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Read this section in the full act → · Open Part IX →
Find Act 672 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).