My bookmarksSign up free
← Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 88

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 88

s 88 Examination of person acquainted with case

(1) An authorized officer making an investigation under this Act may examine orally any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case. (2) The person examined under subsection (1) shall be legally bound to answer the questions relating to such case put to him by the authorized officer, but such person may refuse to answer any question the answer to which would have a tendency to expose him to a criminal charge, or penalty or forfeiture. (3) A person making a statement under this section shall be legally bound to state the truth, whether or not such statement is made wholly or partly in answer to the question. (4) An authorized officer examining a person under subsection (1) shall first inform that person of the provisions of subsections (2) and (3). (5) A statement made by any person under this section shall, whenever possible, be reduced into writing and signed by the person making it or affixed with his thumb-print, as the case may be— (a) after it has been read to him in the language in which he made it; and (b) after he has been given an opportunity to make any correction he may wish.

Malay text (authoritative)

Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

(1) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu. (2) Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah, atau penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan. (4) Seorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan— (a) selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan (b) selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 672 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next