My bookmarksSign up free
← Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 94

Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 94

s 94 Compounding of offences

(1) The Director General or the Corporation may, with the consent in writing of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person under this Act and prescribed to be a compoundable offence by regulations made under this Act by making a written offer to the person suspected of committing the offence to compound the offence on payment to the Director General or the Corporation of an amount of money not exceeding fifty per centum of the amount of maximum fine for that offence within the time specified in the offer. (2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Director General or the Corporation may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made. (3) If an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall after that be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made.

Malay text (authoritative)

Pengkompaunan kesalahan

(1) Ketua Pengarah atau Perbadanan boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu kepada Ketua Pengarah atau Perbadanan dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh pelanjutan yang boleh diberikan oleh Ketua Pengarah atau Perbadanan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat. (3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat.

Read this section in the full act → · Open Part IX →

Find Act 672 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next