Solid Waste and Public Cleansing Management Act 2007 s 96
s 96 Offences by body corporate
If a body corporate commits an offence under this Act or any regulations made under this Act, any person who, at the time of the commission of the offence, was a director, manager, secretary or other similar officer or was purporting to act in any such capacity, or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the body corporate, or was assisting in such managementβ
(a) may be charged severally or jointly in the same proceedings with the body corporate; and
(b) if the body corporate is found to have committed the offence, shall be deemed to have committed that offence unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he provesβ
(i) that the offence was committed without his knowledge, consent or connivance; and
(ii) that he took all reasonable precautions and had exercised due diligence to prevent the commission of that offence.
Malay text (authoritative)
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian, atau yang dalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikianβ
(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikanβ
(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
(ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Read this section in the full act β Β· Open Part IX β
Find Act 672 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).