My bookmarksSign up free
← Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation Act 2007

Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation Act 2007 s 11

Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation Act 2007 s 11

s 11 Committees

(1) The Corporation may establish any committee as it considers necessary or expedient to assist it in the performance of its functions. (2) The Corporation may elect any of its members to be the chairman of a committee. (3) The Corporation may appoint any person to be a member of a committee. (4) A member of a committee shall hold office for such term as may be specified in his letter of appointment and is eligible for reappointment. (5) The Corporation may revoke the appointment of any member of a committee without assigning any reason for the revocation. (6) A member of a committee may, at any time, resign by giving a notice in writing to the chairman of the committee. (7) The Corporation may, at any time, discontinue or alter the constitution of a committee. (8) A committee may regulate its own procedure. (9) A committee shall be subject to, and act in accordance with, any direction given to it by the Corporation. (10) The meetings of a committee shall be held at such times and places as the chairman of the committee may determine. (11) A committee shall causeβ€” (a) minutes of all its meetings to be maintained and kept in a proper form; and (b) copies of the minutes of all its meetings to be submitted to the Corporation as soon as may be practicable. (12) A committee may invite any person to attend any of its meetings for the purpose of advising it on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting. (13) The members of a committee and any person invited under subsection (12) shall be paid such allowances and other expenses as the Corporation may determine.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa

(1) Perbadanan boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu melaksanakan fungsinya. (2) Perbadanan boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa. (3) Perbadanan boleh melantik mana-mana orang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa. (4) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula. (5) Perbadanan boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu. (6) Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa. (7) Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa. (8) Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. (9) Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk kepada, dan hendaklah bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan. (10) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. (11) Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supayaβ€” (a) minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan (b) s a l i n a n m i n i t s e m u a m e s y u a r a t n y a h e n d a k l a h dikemukakan kepada Perbadanan secepat yang dapat dilaksanakan. (12) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu. (13) Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Perbadanan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part II β†’

Find Act 673 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next