My bookmarksSign up free
← Pathology Laboratory Act 2007

Pathology Laboratory Act 2007 s 47

Pathology Laboratory Act 2007 s 47

s 47 Interpretation

(1) For the purpose of this Part, “managed care organization” means any organization or body with whom a licensed pathology laboratory enters into a contract or has an arrangement or intends to enter into a contract or have an arrangement to provide specified quality or quantity of pathology services within a specified financing system through one or a combination of the following mechanisms: (a) providing pathology services to consumers through the organization or body’s own healthcare provider or a third party healthcare provider in accordance with the contract or arrangement between all parties concerned; or (b) providing pathology services to employees or enrollees on behalf of the payers including individuals, employers or financiers in accordance with contractual agreements between all parties concerned. (2) The Minister may from time to time by notification in the Gazette declare any organization or body that enters into a pathology laboratory services arrangement, other than those specified in subsection (1), to be a managed care organization.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Bagi maksud Bahagian ini, “organisasi jagaan yang diuruskan” ertinya mana-mana organisasi atau badan yang dengannya suatu makmal patologi berlesen memasuki suatu kontrak atau mempunyai perkiraan atau berniat untuk memasuki suatu kontrak atau mempunyai perkiraan untuk menyediakan kualiti atau kuantiti perkhidmatan patologi yang dinyatakan dalam suatu sistem kewangan yang ditentukan melalui satu atau gabungan mekanisme yang berikut: (a) menyediakan perkhidmatan patologi kepada pengguna melalui pemberi jagaan kesihatan sendiri organisasi atau badan atau pemberi jagaan kesihatan pihak ketiga menurut kontrak atau perkiraan antara semua pihak yang berkenaan; atau (b) menyediakan perkhidmatan patologi kepada pekerja atau orang yang mendaftar bagi pihak pembayar termasuk individu, majikan atau pembiaya menurut perjanjian kontraktual antara semua pihak yang berkenaan. (2) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan mana-mana organisasi atau badan yang memasuki perkiraan perkhidmatan makmal patologi, selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1), menjadi organisasi jagaan yang diuruskan.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 674 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next