Evidence of Child Witness Act 2007 s 8
s 8 Examination of child witness through intermediary
(1) Any examination of a child witness may be conducted through the Court or an interpreter or any other person authorized by the Court, acting as an intermediary, for the purposes of this section.
(2) The function of an intermediary is to communicate—
(a) to the child witness, questions put to the child witness; and
(b) to any person asking such questions, the answers given by the child witness in reply to them,
and to explain such questions or answers so far as necessary to enable them to be understood by the child witness.
(3) An intermediary shall not—
(a) prompt the child witness to answer any question;
(b) influence the answers of the child witness; or
(c) disrupt the questioning of the child witness.
(4) An unrepresented accused shall not be entitled to question a child witness directly but may do so through an intermediary.
Malay text (authoritative)
Pemeriksaan saksi kanak-kanak melalui perantara
(1) Apa-apa pemeriksaan saksi kanak-kanak boleh dijalankan melalui Mahkamah atau seorang jurubahasa atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh Mahkamah, yang bertindak sebagai perantara, bagi maksud seksyen ini.
(2) Fungsi perantara adalah untuk menyampaikan—
(a) kepada saksi kanak-kanak, soalan yang ditujukan kepada saksi kanak-kanak itu; dan
(b) kepada mana-mana orang yang bertanyakan apa-apa soalan, jawapan yang diberikan oleh saksi kanak-kanak sebagai menjawab soalan-soalan itu,
dan untuk menerangkan soalan atau jawapan itu setakat yang perlu bagi membolehkan soalan dan jawapan itu difahami oleh saksi kanak-kanak itu.
(3) Perantara tidak boleh—
(a) memberikan galakan kepada saksi kanak-kanak itu untuk menjawab mana-mana soalan;
(b) mempengaruhi jawapan saksi kanak-kanak itu; atau
(c) mengganggu saksi kanak-kanak itu semasa dia disoal.
(4) Tertuduh yang tidak diwakili tidak berhak untuk menyoal saksi kanak-kanak secara langsung tetapi boleh berbuat sedemikian melalui perantara.
Read this section in the full act → · Open Part II →
Find Act 676 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).