My bookmarksSign up free
← Biosafety Act 2007

Biosafety Act 2007 s 32

Biosafety Act 2007 s 32

s 32 Review of notification upon obtaining new information

(1) The Board may, in consultation with the Advisory Committee, review any notification at any time upon obtaining new information or evidence on the living modified organisms relating to such notification. (2) Upon review, where there is a risk posed to human, plant or animal health, the environment or biological diversity, the Board may take any of the following actions: (a) make a cessation order; (b) impose additional terms and conditions; (c) order the approved person to make rectifications; or (d) make any other order as the Board thinks fit in the interest of biosafety. (3) Where the Board makes a cessation order, the approved person shall cease all activities involving living modified organisms immediately and shall, within seven days from the date of the notification of the cessation order, surrender the acknowledgement of submission of notification issued under section 25 to the Board. (4) Any approved person who contravenes any order made by the Board under subsection (2) or contravenes subsection (3) commits an offence and shall, on conviction, be liableβ€” (a) where such person is an individual, to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding four years or to both and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding ten thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction; (b) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding twenty thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Kajian semula pemberitahuan apabila mendapat maklumat baru

(1) Lembaga boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa Penasihat, mengkaji semula mana-mana pemberitahuan pada bila-bila masa apabila menerima maklumat atau keterangan baru tentang organisma diubah suai yang hidup yang berhubungan dengan pemberitahuan itu. (2) Apabila mengkaji semula, jika terdapat risiko ditimbulkan kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan, alam sekitar atau kepelbagaian biologi, Lembaga boleh mengambil manamana tindakan yang berikut: (a) membuat suatu perintah pemberhentian; (b) mengenakan terma dan syarat tambahan; (c) memerintahkan orang yang diluluskan itu untuk membuat pembetulan; atau (d) membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga demi kepentingan biokeselamatan. (3) Jika Lembaga membuat perintah pemberhentian, orang yang diluluskan itu hendaklah menghentikan semua aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dengan serta-merta dan hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan perintah pemberhentian itu, menyerahkan balik pengakuterimaan pengemukaan pemberitahuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 25 kepada Lembaga. (4) Mana-mana orang yang diluluskan yang melanggar manamana perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,β€” (a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan; (b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IV β†’

Find Act 678 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next