My bookmarksSign up free
← Biosafety Act 2007

Biosafety Act 2007 s 59

Biosafety Act 2007 s 59

s 59 Confidential business information

(1) Any person making an application under section 13 or submitting a notification under subsection 22(1) may apply to the Director General for confidentiality of any commercial and industrial information relating to the application or notification, as the case may be. (2) The Director General may grant confidentiality based on the criteria in subsection (3) and where confidentiality is granted such information shall not be made public. (3) The Director General shall consider the claim for confidentiality according to the following criteria: (a) that the information is not known generally among, or readily accessible to, any person within the circle that normally deals with the kind of information sought to be made confidential; (b) that the information has commercial value because it is secret; and (c) that reasonable steps have been taken to keep the information secret. (4) Except for the purposes of this Act or for the purposes of any civil or criminal proceedings under any written law or where otherwise authorized by the Director General, as the case may be— (a) no member of the Board or Advisory Committee, or any of its committees or subcommittees, as the case may be; (b) no person attending any meeting of the Board or Advisory Committee, or any of its committees or subcommittees, as the case may be; or (c) the Director General and any officer appointed under subsection 8(1), whether during his tenure of office or during his employment or thereafter, shall disclose any information obtained by him in the course of his duties for which confidentially has been granted under subsection (3). (5) Any person who contravenes subsection (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one month or to both.

Malay text (authoritative)

Maklumat perniagaan yang rahsia

(1) Mana-mana orang yang membuat suatu permohonan di bawah seksyen 13 atau yang mengemukakan suatu pemberitahuan di bawah subseksyen 22(1) boleh memohon kepada Ketua Pengarah supaya dirahsiakan mana-mana maklumat perdagangan dan perindustrian yang berhubungan dengan permohonan atau pemberitahuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Ketua Pengarah boleh membenarkan kerahsiaan berdasarkan kriteria dalam subseksyen (3) dan jika kerahsiaan dibenarkan maklumat itu tidak boleh diumumkan. (3) Ketua Pengarah hendaklah menimbangkan tuntutan bagi kerahsiaan mengikut kriteria yang berikut: (a) bahawa maklumat itu tidak diketahui pada umumnya di kalangan, atau boleh diakses dengan mudah oleh, manamana orang dalam lingkungan itu yang biasanya berurusan dengan jenis maklumat yang hendak dijadikan rahsia; (b) bahawa maklumat itu mempunyai nilai perdagangan disebabkan ia ialah rahsia; dan (c) bahawa langkah-langkah yang munasabah telah diambil untuk merahsiakan maklumat itu. (4) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan— (a) tiada anggota Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, atau mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) tiada seorang pun yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau Jawatankuasa Penasihat, atau mana-mana jawatankuasa atau jawatankuasa kecilnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (c) Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 8(1) sama ada semasa tempoh memegang jawatan atau semasa tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya yang baginya kerahsiaan telah diberikan di bawah subseksyen (3). (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 678 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next