My bookmarksSign up free
← Biosafety Act 2007

Biosafety Act 2007 s 62

Biosafety Act 2007 s 62

s 62 Assistance from multi-agencies in emergency

(1) The Director General shall forward the emergency response plan submitted under paragraphs 13(1)(b) and 24(a) to all relevant agencies for their necessary action. (2) In the event of any emergency involving any living modified organism or product of such organism, the Director General may seek the assistance and co-operation of the relevant agencies in implementing any emergency measure including those measures provided in the emergency response plan. (3) Any costs incurred by any agency in implementing any emergency measure shall be borne by the approved person. (4) Nothing in this section shall absolve or be deemed to absolve the approved person from any of his or its obligation to take all necessary measures in the event of any emergency.

Malay text (authoritative)

Bantuan daripada berbilang agensi semasa kecemasan

(1) Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan pelan gerak balas kecemasan yang dikemukakan di bawah perenggan 13(1)(b) dan 24(a) kepada semua agensi yang berkaitan bagi tindakan yang perlu. (2) Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan yang melibatkan manamana organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, Ketua Pengarah boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama agensi yang berkaitan dalam melaksanakan apa-apa langkah kecemasan termasuk langkah-langkah yang diperuntukkan dalam pelan gerak balas kecemasan. (3) Apa-apa kos yang dilakukan oleh mana-mana agensi dalam melaksanakan apa-apa langkah kecemasan hendaklah ditangggung oleh orang yang diluluskan itu. (4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membebaskan atau disifatkan membebaskan orang yang diluluskan daripada mana-mana obligasinya atau obligasi pertubuhan perbadanan untuk mengambil segala langkah yang perlu sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 678 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next