Biosafety Act 2007 s 66
s 66 Power to compound
(1) The Board may, with the consent of the Public Prosecutor, offer in writing to compound any offence under this Act or any regulations made under this Act, and determined by the Minister to be a compoundable offence by regulations made under this Act, by accepting from the person reasonably suspected of having committed the offence such amount, not exceeding fifty per centum of the amount of the maximum fine for that offence to which that person would have been liable if he or it had been convicted of the offence, within such time as may be specified in the offer.
(2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed, but before any prosecution for it has been instituted, and if the amount specified in the offer is not paid within the time specified in the offer or within such extended period as the Board may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made.
(3) Where an offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made.
(4) Any money received by the Board under this section shall be paid into and form part of the Federal Consolidated Fund.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk mengkompaun
(1) Lembaga boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, membuat tawaran secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan yang ditentukan oleh Menteri sebagai kesalahan boleh kompaun oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang disyaki semunasabahnya melakukan kesalahan itu apa-apa amaun, yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu yang baginya orang itu sepatutnya dikenakan atau jika dia atau ia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bilabila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
(4) Apa-apa wang yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 678 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 May 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).