First Schedule FIRST SCHEDULESupplementary
[Subsection 4(3)]
PROVISIONS RELATING TO BOARD
Alternate member
1. (1) The Minister may, in respect of each member of the Board other than the Chairman and the members appointed under paragraph 4(2)(h), appoint an alternate member to attend, in place of that member, meetings of the Board that that member is for any reason unable to attend.
(2) When attending meetings of the Board, an alternate member shall for all purposes be deemed to be a member of the Board.
Tenure of office
2. (1) Subject to such terms and conditions as may be specified in his instrument of appointment, a member of the Board other than the Chairman shall, unless he sooner resigns or vacates his office or his appointment is sooner revoked, hold office for a term not exceeding three years and is eligible for reappointment.
(2) An alternate member shall, unless he sooner resigns or vacates his office or his appointment is sooner revoked, cease to be an alternate member when the member in respect of whom he is an alternate ceases to be a member of the Board.
Revocation and resignation
3. (1) The appointment of any member of the Board other than the Chairman may at any time be revoked by the Minister without assigning any reason therefor.
(2) A member of the Board other than the Chairman may at any time resign his office by a written notice addressed to the Minister.
Vacation of office
4. (1) The office of a member of the Board shall be vacated—
(a) if he dies;
(b) if there has been proven against him, or he has been convicted on, a charge in respect of—
(i) an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude;
(ii) an offence under any law relating to corruption; or
(iii) any other offence punishable with imprisonment (in itself only or in addition to or in lieu of a fine) for more than two years;
(c) if he becomes a bankrupt;
(d) if he is of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties;
(e) if he absents himself from three consecutive meetings of the Board without leave of the Chairman or in the case of the Chairman, without leave of the Minister;
(f) in the event of his resignation being accepted by the Minister; or
(g) if his appointment is revoked by the Minister.
(2) Where any person ceases to be a member of the Board by reason of any of the provisions of subparagraph (1), another person shall be appointed in his place.
Temporary exercise of functions of Chairman
5. (1) Where the Chairman is for any reason unable to perform the functions of the Chairman or during any period of vacancy in the office of the Chairman, the Minister may appoint any member of the Board to perform the functions of the Chairman.
(2) Until an appointment under subparagraph (1) is made or in default of such appointment or in the absence of the Chairman from any meeting of the Board, the members present shall appoint one of them to be the Chairman for the purposes of that meeting.
(3) A member appointed under subparagraph (1) or (2), as the case may be, shall, during the period in which he is performing the functions of the Chairman under this section, be deemed to be the Chairman.
Meetings
6. (1) The Board shall meet at least once in every six months at a time and place as may be appointed by the Chairman.
(2) At least fourteen days notice in writing of a meeting shall be given to the members of the Board.
(3) Every member of the Board present shall be entitled to one vote.
(4) If on a question to be determined by the Board there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote.
(5) The Chairman and four other members present at a meeting of the Board shall constitute a quorum.
Chairman of Advisory Committee to be present at meeting of the Board
7. (1) The chairman of the Advisory Committee or his representative shall be present at every meeting of the Board, but his presence shall not constitute a quorum for the meeting and he shall not be entitled to vote at the meeting.
(2) Where the chairman of the Advisory Committee or his representative attends a meeting of the Board he shall be paid such fees as the Board may determine.
Board may invite others to meetings
8. (1) The Board may invite any person to attend a meeting or deliberation of the Board for the purposes of advising it on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting or deliberation.
(2) A person invited under subparagraph (1) may be paid such fees as the Board may determine.
Disclosure of interest
9. A member of the Board having, directly or indirectly, by himself or his partner, any interest in any matter under discussion by the Board shall disclose to the Board the fact of his interest and the nature thereof, and such disclosure shall be recorded in the minutes of the Board and such member shall not be present in any deliberation or decision of the Board relating to the matter.
Minutes
10. (1) The Secretary of the Board shall maintain minutes of all meetings of the Board in a proper form.
(2) Minutes made of meetings of the Board shall, if duly signed, be admissible in evidence in all legal proceedings without further proof.
(3) Every meeting of the Board in respect of the proceedings of which minutes have been so made shall be deemed to have been duly convened and held and all members thereat to have been duly qualified to act.
Allowance
11. The Chairman and members of the Board shall be paid such allowances as the Minister may, with the concurrence of the Minister of Finance, determine.
Procedure
12. Subject to this Act, the Board shall regulate its own procedure.
Common seal
13. (1) The Board shall have a common seal which shall bear such device as the Board shall approve and such seal may be broken, changed, altered or made anew as the Board thinks fit.
(2) Until a seal is provided by the Board, a stamp bearing the words “National Biosafety Board” or “Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan” may be used and shall be deemed to be the common seal of the Board.
(3) The common seal shall be kept in the custody of the Director General or such other person as may be authorized by the Board, and shall be authenticated by the Director General or such authorized person or by any officer authorized by either of them in writing; and all deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with the said seal, authenticated as aforesaid, shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed.
(4) Any document or instrument which, if executed by a person not being a body corporate would not be required to be under seal, may in like manner be executed by the Board; and any such document or instrument may be executed on behalf of the Board by any officer or servant of the Board generally or specially authorized by the Board in that behalf.
(5) The common seal of the Board shall be officially and judicially noticed.
Validity of acts and proceedings
14. No act done or proceeding taken under this Act shall be questioned on the ground of—
(a) a vacancy in the membership of, or a defect in the constitution of, the Board;
(b) the contravention by any member of the Board of the provisions of paragraph 9; or
(c) an omission, a defect or an irregularity not affecting the merit of the case.
Members of Board to devote time to business of Board
15. Every member of the Board shall devote such time to the business of the Board as may be necessary to discharge his duties effectively.
Malay text (authoritative)
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 4(3)] PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN LEMBAGA
Anggota silih ganti
1. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota Lembaga selain Pengerusi dan anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(2)(h), melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga yang anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.
(2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga.
Tempoh jawatan
2. (1) Tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga selain Pengerusi hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.
(2) Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan keanggotaannya atau mengosongkan keanggotaannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi seorang
anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia merupakan silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.
Pembatalan dan peletakan jawatan
3. (1) Pelantikan mana-mana anggota Lembaga selain Pengerusi boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(2) Seseorang anggota Lembaga selain Pengerusi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
4. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—
(a) jika dia mati;
(b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c) jika dia menjadi bankrap;
(d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut- turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
(f) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
(g) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota Lembaga oleh sebab mana-mana peruntukan subperenggan (1), seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikan tempatnya.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
5. (1) Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.
(2) Sehingga suatu pelantikan di bawah subperenggan (1) dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi tidak hadir pada mana- mana mesyuarat Lembaga, anggota yang hadir hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi Pengerusi bagi maksud mesyuarat itu.
(3) Seseorang anggota yang dilantik di bawah subperenggan (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, semasa tempoh yang dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini disifatkan sebagai Pengerusi.
Mesyuarat
6. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya enam bulan sekali pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.
(2) Sekurang-kurangnya empat belas hari notis secara bertulis mengenai sesuatu mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Lembaga.
(3) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak kepada satu undi.
(4) Jika mengenai sesuatu persoalan untuk diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(5) Pengerusi dan empat orang anggota lain yang hadir pada mesyuarat Lembaga hendaklah membentuk suatu kuorum.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat hendaklah hadir pada mesyuarat Lembaga
7. (1) Pengerusi Jawatankuasa Penasihat atau wakilnya hendaklah hadir pada tiap-tiap mesyuarat Lembaga, tetapi kehadirannya tidaklah membentuk suatu kuorum bagi mesyuarat itu dan dia tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
(2) Jika pengerusi Jawatankuasa Penasihat atau wakilnya menghadiri mesyuarat Lembaga dia hendaklah dibayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
8. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Penzahiran kepentingan
9. Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah menzahirkan hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan anggota itu tidak boleh hadir dalam mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan perkara itu.
Minit
10. (1) Setiausaha Lembaga hendaklah menyenggarakan minit semua mesyuarat Lembaga dalam bentuk yang sepatutnya.
(2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
(3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Elaun
11. Pengerusi dan anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Tatacara
12. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.
Meterai perbadanan
13. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “National Biosafety Board” atau “Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
(3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarah atau orang diberi kuasa itu atau oleh
mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, dan disahkan seperti yang disebut terdahulu, hendaklah, disifatkan telah disempurnakan dengan sah, sehingga dibuktikan sebaliknya.
(4) Apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh Lembaga; dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
(5) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Kesahan perbuatan dan prosiding
14. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
(a) ada kekosongan dalam keanggotaan, atau ada kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;
(b) ada pelanggaran oleh mana-mana anggota Lembaga berkenaan dengan peruntukan perenggan 9; atau
(c) ada peninggalan, kecacatan atau ketidakaturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga
15. Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya secara berkesan.