My bookmarksSign up free
← Malaysian Qualifications Agency Act 2007

Malaysian Qualifications Agency Act 2007 s 7

Malaysian Qualifications Agency Act 2007 s 7

s 7 Powers of the Agency

(1) The Agency shall have the power to do all things expedient or reasonable for and incidental to the carrying out of its functions. (2) The powers of the Agency shall include powerβ€” (a) to enter into contracts; (b) to acquire, purchase, take, hold and enjoy movable and immovable property of every description; (c) to convey, assign, surrender, yield up, charge, mortgage, demise, reassign, transfer or otherwise dispose of or deal with any movable or immovable property and any interest in any movable or immovable property, vested in the Agency; (d) to undertake, coordinate or commission any person to undertake or coordinate activities relating to research and development on matters relating to quality assurance; (e) to impose fees or any other charges as it deems fit for its services relating to examination, assessment, audit, supervision, provisional accreditation, accreditation, evaluation, or any other services provided by the Agency; (f) to collect or receive monies for services rendered by the Agency; (g) to enter into negotiations, agreements or arrangements as it deems fit for the discharge of its functions; (h) to appoint officers, agents, servants and consultants for permanent, temporary or special services as it may from time to time consider fair and reasonable and to determine their duties, powers and terms of service; and (i) to do all things reasonably necessary for the performance of its duties under this Act. (3) The Chief Executive Officer shall perform the functions and exercise the powers of the Agency, and the functions and powers so performed and exercised shall be in the name of the Agency.

Malay text (authoritative)

Kuasa Agensi

(1) Agensi hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau munasabah bagi dan bersampingan dengan penjalanan fungsinya. (2) Kuasa Agensi hendaklah termasuk kuasaβ€” (a) untuk membuat kontrak; (b) untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan harta tak alih; (c) untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat urusan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih dan apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Agensi; (d) untuk mengusahakan, menyelaraskan atau mentauliahkan mana-mana orang untuk mengusahakan atau menyelaraskan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam perkara yang berhubungan dengan jaminan kualiti; (e) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain sebagaimana yang disifatkannya patut bagi perkhidmatannya yang berhubungan dengan peperiksaan, penaksiran, audit, penyeliaan, akreditasi sementara, akreditasi, penilaian, atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Agensi; (f) untuk memungut atau menerima wang bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Agensi; (g) untuk membuat rundingan, perjanjian atau perkiraan sebagaimana yang disifatkannya patut bagi menunaikan fungsinya; (h) untuk melantik pegawai, ejen, pekhidmat dan perunding bagi perkhidmatan tetap, sementara atau khas sebagaimana yang difikirkannya patut dan munasabah dari semasa ke semasa dan menentukan kewajipan, kuasa dan terma perkhidmatan mereka; dan (i) untuk melakukan semua perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini. (3) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa Agensi, dan fungsi dan kuasa yang dilaksanakan dan dijalankan itu hendaklah atas nama Agensi.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part II β†’

Find Act 679 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next