My bookmarksSign up free
← Malaysian Qualifications Agency Act 2007

Malaysian Qualifications Agency Act 2007 s 70

Malaysian Qualifications Agency Act 2007 s 70

s 70 Registering accredited skills training programmes and qualifications

(1) Subject to subsection (2), a higher education provider may apply to the Agency for the registration of its programme or qualification which has been accredited by any regulatory body regulating the skills development under any written law of a particular skill in such form and manner as may be prescribed. (2) The Agency may, upon receiving an application under subsection (1), register such programme or qualification in the Register after having satisfied that the programme or qualification complies with the Framework. (3) Upon registration of the programme or qualification, the Agency shall issue a certificate of accreditation upon payment of the prescribed fees and the certificate shall specify the programme and state the premises in which the programme shall be conducted or facilitated. (4) The Agency in consultation with the relevant regulatory body may, at the time of or at any time after issuing a certificate of accreditation, impose such conditions as it may deem necessary or expedient and may vary, amend or revoke any such conditions or impose new or additional conditions from time to time. (5) This section shall not apply to any programme or qualification which falls under subsection 65(1).

Malay text (authoritative)

Mendaftarkan program dan kelayakan latihan kemahiran yang diakredit

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), pemberi pendidikan tinggi boleh memohon kepada Agensi untuk pendaftaran program atau kelayakannya yang telah diakredit oleh mana-mana badan pengawal selia yang mengawal selia pembangunan kemahiran di bawah mana-mana undang-undang bertulis tentang kemahiran tertentu mengikut bentuk dan cara yang ditetapkan. (2) Agensi boleh, apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), mendaftarkan program atau kelayakan itu dalam Daftar selepas berpuas hati bahawa program atau kelayakan itu mematuhi Kerangka. (3) Selepas pendaftaran program atau kelayakan itu, Agensi hendaklah mengeluarkan perakuan akreditasi selepas dibayar fi yang ditetapkan dan perakuan itu hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program itu hendak dijalankan atau dimajukan. (4) Setelah berunding dengan badan pengawal selia yang berkenaan Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan suatu perakuan akreditasi, mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa. (5) Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana program atau kelayakan di bawah subseksyen 65(1).

Read this section in the full act β†’ Β· Open Chapter 5 β†’

Find Act 679 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next