s 79 Evaluation
(1) Upon receiving an application under subsection 78(1), the Agency or in the case of a professional programme or professional qualification, the relevant professional body shall evaluate the programme or qualification and may certify the programme or qualification as being equivalent to a qualification in the Framework.
(2) For the purpose of evaluation under subsection (1), the Agency or the relevant professional body, as the case may be, may—
(a) require any person to furnish it with such information and particulars as may be required to determine the application;
(b) collaborate, cooperate or coordinate with any person, including the government agencies, higher education providers, student bodies, academic staff, quality assurance and accreditation bodies, professional bodies and employers; and
(c) establish a committee for the purpose of considering, verifying and making recommendations on the application.
(3) Where the Agency or the relevant professional body, as the case may be, certifies the programme or qualification as being equivalent to a qualification in the Framework, the Agency shall issue a certificate of equivalence, in the form as may be prescribed, to the applicant upon payment of the prescribed fees.
(4) No action shall lie against the Agency, the relevant professional body, the Chief Executive Officer or against any officer of the Agency where the certificate issued under subsection (3) is not accepted for purposes of employment or for entry of further education.
Malay text (authoritative)
Penilaian
(1) Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen 78(1), Agensi atau dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan hendaklah menilai program atau kelayakan itu dan boleh memperakui program atau kelayakan itu sebagai setara dengan program atau kelayakan dalam Kerangka.
(2) Bagi maksud penilaian di bawah subseksyen (1), Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh—
(a) menghendaki mana-mana orang memberikannya apa-apa maklumat dan butir sebagaimana yang dikehendaki untuk memutuskan permohonan;
(b) berusaha sama, bekerjasama atau menyelaraskan dengan mana-mana orang, termasuk agensi kerajaan, pemberi pendidikan tinggi, badan pelajar, kakitangan akademik, badan jaminan kualiti dan akreditasi, badan profesional dan majikan; dan
(c) m e n u b u h k a n s u a t u j a w a t a n k u a s a b a g i m a k s u d menimbangkan, menentusahkan dan membuat syor atas permohonan itu.
(3) Jika Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, memperakui program atau kelayakan itu sebagai setara dengan kelayakan dalam Kerangka, Agensi hendaklah mengeluarkan perakuan kesetaraan, mengikut bentuk sebagaimana yang ditetapkan, kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan.
(4) Tiada tindakan boleh diambil terhadap Agensi, badan profesional yang berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif atau terhadap mana-mana pegawai Agensi jika perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) tidak diterima bagi maksud pekerjaan atau bagi kemasukan untuk pendidikan lanjut.