My bookmarksSign up free
← Persons with Disabilities Act 2008

Persons with Disabilities Act 2008 s 2

Persons with Disabilities Act 2008 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “language” includes spoken and sign languages, Malaysia Sign Language and other forms of non-spoken languages; “Malaysia Sign Language” means the official sign language for the deaf in Malaysia; “Register” means the Register of Persons with Disabilities kept and maintained under section 21; “prescribed” means prescribed by regulations made under this Act; “habilitation” refers to a process aimed at enabling persons who are born with disabilities to attain and maintain their full physical, mental, social and vocational ability and full inclusion and participation in all aspects of life; “Department” means the Department for the Development of Persons with Disabilities responsible for the registration, protection, rehabilitation, development and wellbeing of persons with disabilities; Act 685 BI 8 1/25/08 8:56:47 AM “Kad OKU” means the card issued under section 25; “Government” means the Federal Government; “Registrar General” and “Deputy Registrar General” means the Registrar General for Persons with Disabilities and Deputy Registrar General for Persons with Disabilities respectively appointed under paragraphs 20(1)(a) and (b); “communication” includes languages, display of text, Braille, tactile communication, large print, signal, accessible multimedia as well as written, audio, plain-language, human-reader and augmentative and alternative modes, means and formats of communication, including accessible information and communication technology; “Council” means the National Council for Persons with Disabilities established under section 3; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for social welfare; “persons with disabilities” include those who have long term physical, mental, intellectual or sensory impairments which in interaction with various barriers may hinder their full and effective participation in society; “Social Welfare Officer” means any Social Welfare Officer in the Ministry responsible for social welfare and includes any Assistant Social Welfare Officer; “Registrar” means the Registrar for Persons with Disabilities appointed under paragraph 20(1)(c); “private healthcare service provider” means the provider of a private healthcare facility under the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 [Act 586]; “reasonable accommodation” means necessary and appropriate modifications and adjustments not imposing a disproportionate or undue burden, where needed in a particular case, to ensure to persons with disabilities the enjoyment or exercise of the quality of life and wellbeing on an equal basis with persons without disabilities; Act 685 BI 9 1/25/08 8:56:47 AM “rehabilitation” refers to a process aimed at enabling persons with disabilities to attain and maintain their full physical, mental, social and vocational ability and full inclusion and participation in all aspects of life; “universal design” means the design of products, environments, programmes and services to be usable by all people, to the greatest extent possible, without the need for adaptation or specialized design and shall include assistive devices for particular groups of persons with disabilities where this is needed; “private sector” refers to any person or body whether corporate or unincorporate other than the Government or State Government, agencies, bodies or organization of the Governments, but excludes any reference to non-governmental organization.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “bahasa” termasuklah bahasa pertuturan dan isyarat, Bahasa Isyarat Malaysia dan bentuk bahasa bukan pertuturan lain; “Bahasa Isyarat Malaysia” ertinya bahasa isyarat rasmi bagi orang pekak di Malaysia; “Daftar” ertinya Daftar Orang Kurang Upaya yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 21; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; Akta 685 BM 8 1/22/08 11:46:17 AM “habilitasi” merujuk kepada proses yang bertujuan untuk membolehkan orang yang dilahirkan dengan ketidakupayaan mencapai serta mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan penuh mereka dalam semua aspek kehidupan; “Jabatan” ertinya Jabatan Pembangunan bagi Orang Kurang Upaya yang bertanggungjawab bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, perkembangan dan kesejahteraan orang kurang upaya; “Kad OKU” ertinya kad yang dikeluarkan di bawah seksyen 25; “Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan; “Ketua Pendaftar” dan “Timbalan Ketua Pendaftar” masingmasing ertinya Ketua Pendaftar bagi Orang Kurang Upaya dan Timbalan Ketua Pendaftar bagi Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah perenggan 20(1)(a) dan (b); “komunikasi” termasuklah bahasa, paparan teks, Braille, bahasa sentuhan, cetak besar, isyarat, multimedia boleh akses dan juga cara dan format komunikasi secara bertulis, audio, bahasa mudah, jurubaca serta kaedah augmentatif dan alternatif, termasuk maklumat boleh akses dan teknologi maklumat; “Majlis” ertinya Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat; “orang kurang upaya” termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat; “Pegawai Kebajikan Masyarakat” ertinya mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat di Kementerian yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat dan termasuklah mana-mana Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat; “Pendaftar” ertinya Pendaftar Orang Kurang Upaya yang dilantik di bawah perenggan 20(1)(c); “penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta” ertinya penyedia kemudahan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]; Akta 685 BM 9 1/22/08 11:46:17 AM “penyesuaian munasabah” ertinya pengubahsuaian dan pelarasan yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan bebanan tidak seimbang atau tidak wajar, jika diperlukan dalam hal tertentu, untuk memastikan orang kurang upaya menikmati atau menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera atas asas kesetaraan dengan orang upaya; “rehabilitasi” merujuk kepada proses yang bertujuan untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional serta penglibatan dan penyertaan penuh mereka dalam semua aspek kehidupan; “reka bentuk sejagat” ertinya reka bentuk produk, persekitaran, program dan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh semua orang, ke tahap sebaik mungkin, tanpa perlu membuat adaptasi atau reka bentuk khusus dan hendaklah termasuk alat bantu bagi kumpulan orang kurang upaya tertentu jika ia diperlukan; “sektor swasta” merujuk kepada mana-mana orang atau badan sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan selain Kerajaan atau Kerajaan Negeri, agensi, badan atau pertubuhan Kerajaan, tetapi tidak termasuk apa-apa rujukan kepada pertubuhan bukan kerajaan.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 685 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next