My bookmarksSign up free
← East Coast Economic Region Development Council Act 2008

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 46

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 46

s 46 Offence by body corporate and employee

(1) Where a body corporate commits an offence under this Act, any person who at the time of the commission of the offence was a director, manager, secretary or other similar officer of the body corporate or was purporting to act in any such capacity or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the body corporate, or was assisting in such management, shall be deemed to be guilty of that offence unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he proves— (a) that the offence was committed without his knowledge, consent or connivance; and (b) that he took all reasonable precautions and had exercised due diligence to prevent the commission of the offence. (2) Where any person would be liable under this Act to any punishment or penalty for any act, omission, neglect or default done by him, he shall be liable to the same punishment or penalty for every such act, omission, neglect or default of any employee or agent of his, or of the employee of such agent, if such act, omission, neglect or default was committed— (a) by his employee in the course of his employment; (b) by the agent when acting on his behalf; or (c) by the employee of such agent in the course of his employment by such agent or otherwise on behalf of the agent.

Malay text (authoritative)

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan dan pekerja

(1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa tahap adalah bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan pertubuhan perbadanan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— (a) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau tanpa dia membiarkannya sahaja; dan (b) bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar bagi mencegah kesalahan itu daripada dilakukan. (2) Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran yang dilakukan olehnya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran demikian yang dilakukan oleh mana-mana pekhidmat atau ejennya, atau oleh pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu telah dilakukan— (a) oleh pekerja orang itu dalam penjalanan urusan pekerjaan pekerja itu; (b) oleh ejen yang bertindak bagi pihak orang itu; atau (c) oleh pekerja ejen itu dalam penjalanan urusan pekerjaan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 688 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next