My bookmarksSign up free
← East Coast Economic Region Development Council Act 2008

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 45

East Coast Economic Region Development Council Act 2008 s 45

s 45 Offence for unauthorized modification of information in the Council’s custody

(1) A person commits an offence if he does any act or omission or causes any person to do any act or omission, which he knows will cause unauthorized modification of any information, statistic or other data, whether in electronic form or otherwise, in the possession, custody or control of the Council. (2) For the purposes of this section— (a) it is immaterial that the act or omission in question is not directed— (i) at any particular information, statistic or data; (ii) at information, statistic or data of any kind; or (iii) at any information, statistic or data held in any particular location; (b) it is immaterial whether an unauthorized modification is, or is intended to be, permanent or merely temporary; and (c) a modification, including any act or omission that contributes towards causing such a modification, of any information, statistic or data takes place if— (i) such information, statistic or data is altered or erased; (ii) any new information, statistic or data is introduced or added to such information, statistic or data; or (iii) any event occurs which impairs the ability of the Council to have access to such information, statistic or data. (3) Any person who commits an offence under this section shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit, or be liable to a fine not exceeding one hundred and fifty thousand ringgit if the act is done with the intention of causing injury as defined in the Penal Code [Act 574]. (4) If any person who commits an offence under this section is one whose profession is regulated under any written law, he shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred and fifty thousand ringgit, or be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit if the act is done with the intention of causing injury as defined in the Penal Code. (5) Any body corporate which commits an offence under this section shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding two hundred thousand ringgit, or be liable to a fine not exceeding two hundred and fifty thousand ringgit if the act is done with the intention of causing injury as defined in the Penal Code.

Malay text (authoritative)

Kesalahan kerana mengubah suai tanpa kuasa maklumat dalam jagaan Majlis

(1) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika dia melakukan apa-apa perbuatan atau peninggalan atau menyebabkan manamana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa akan apa-apa maklumat, statistik atau data lain, sama ada dalam bentuk elektronik atau selainnya, dalam milik, jagaan atau kawalan Majlis. (2) Bagi maksud seksyen ini— (a) adalah tidak material bahawa perbuatan atau peninggalan yang berkenaan tidak ditujukan kepada— (i) apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu; (ii) apa-apa jenis maklumat, statistik atau data; atau (iii) apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi tertentu; (b) adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kuasa menjadi, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara; dan (c) sesuatu pengubahsuaian, termasuk apa-apa perbuatan atau peninggalan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu, apa-apa maklumat, statistik atau data berlaku jika— (i) maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan; (ii) maklumat, statistik atau data baru dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu; atau (iii) apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Majlis untuk mendapat akses kepada maklumat, statistik atau data itu. (3) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, atau dikenakan denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]. (4) Jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini ialah seorang yang profesionnya dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis, dia boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit, atau dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan. (5) Mana-mana pertubuhan perbadanan yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, atau dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 688 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next