The office of a member of the Board shall be vacated—
(a) if he dies;
(b) if there has been proved against him, or he has been convicted on, a charge in respect of—
(i) an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude;
(ii) an offence under any law relating to corruption; or
(iii) any other offence punishable with imprisonment (in itself only or in addition to or in lieu of a fine) for more than two years;
(c) if his conduct, whether in connection with his duties as a member of the Board or otherwise, has been such as to bring discredit on the Board;
(d) if he becomes a bankrupt;
(e) if he is of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties;
(f) in the case of the Chairman, if he absents himself from three consecutive meetings of the Board without the permission in writing of the Minister;
(g) in the case of a member other than the Chairman, if he absents himself from three consecutive meetings of the Board without the permission in writing of the Chairman;
(h) if his appointment is revoked by the Minister;
(i) if his resignation is accepted by the Minister; or
(j) if his registration under this Act is revoked.
Malay text (authoritative)
Pengosongan jawatan
Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—
(a) jika dia mati;
(b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c) jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang anggota Lembaga atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Lembaga;
(d) jika dia menjadi bankrap;
(e) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(f) dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Menteri;
(g) dalam hal seseorang anggota selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturutturut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi;
(h) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri;
(i) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
(j) jika pendaftarannya di bawah Akta ini dibatalkan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).