My bookmarksSign up free
← Feed Act 2009

Feed Act 2009 s 2

Feed Act 2009 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “antibiotic” means a substance produced by a microorganism or any other product produced wholly or partially by chemical synthesis and which in low concentration inhibits the growth of or kills micro-organisms, and used for the purpose of growth stimulation and prevention of diseases; “chemical” includes an antioxidant, preservative, binding agent, colouring substance, flavouring agent and non-antibiotic medicament; “feed additive” means any added ingredient including microorganism and enzyme not normally consumed as feed by itself, whether or not it has nutritive value, which affects the characteristics of feed or animal products; “package” means anything in which or by which any feed or feed additive is encased, covered, closed or contained; “prescribed” means prescribed by the Minister by order or regulations made under this Act; “animal” means— (a) any mammal other than human; (b) any aquatic animal and includes fish, mollusc and crustacea; (c) any amphibian; (d) any reptile; (e) any bird and includes chicken, duck, quail and ostrich; and (f) any insect, kept in captivity or under control for any purpose of human usage; “hormone” means a chemical substance derived from an endocrine gland or through synthetic processing that has a specific effect on tissues; “analyst” means a qualified person appointed by the Minister under section 34; “label” means any written, printed or graphic matter describing the contents of any feed on the package or otherwise on the feed, or accompanying the feed; “Board” means the Feed Board established under section 3; “feed” means any single or multiple material whether processed, semi-processed or raw, which is intended to be fed to animals; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for agriculture and agro-based industry; “authorized officer” means a public officer authorized by the Minister under section 21; “manufacture” in relation to feed, means to formulate, prepare, compound, mix, make, pack, label or to treat the feed with a view to its sale or for own use but does not include a bona fide research or experiment relating to feed and any action forming part of or incidental to such research or experiment; “conveyance” means any vehicle, vessel, ship, aircraft or any other mode of transport whether by air, sea or land; “sale” includes barter or supply under integrated contract farming arrangement.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “antibiotik” ertinya sesuatu bahan yang dihasilkan oleh mikroorganisma atau apa-apa keluaran lain yang dihasilkan secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui sintesis kimia dan yang dalam kepekatan yang rendah merencatkan pertumbuhan atau membunuh mikroorganisma, dan digunakan bagi maksud merangsang pertumbuhan dan mencegah penyakit; “bahan kimia” termasuk antioksidan, bahan awet, agen pengikat, bahan pewarna, agen perasa dan ubat bukan antibiotik; “bahan tambahan makanan haiwan” ertinya apa-apa ramuan yang ditambah, termasuk mikroorganisma dan enzim yang biasanya tidak digunakan sebagai makanan haiwan dengan sendirinya, sama ada ia mempunyai nilai nutrien atau tidak, yang menjejaskan ciri-ciri makanan haiwan atau keluaran haiwan; “bungkusan” ertinya apa-apa benda yang di dalamnya atau dengannya makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dimasukkan, dibalut, ditutup atau diisi; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui perintah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “haiwan” ertinya— (a) mana-mana mamalia selain manusia; (b) mana-mana haiwan akuatik dan termasuk ikan, moluska dan krustasea; (c) mana-mana amfibia; (d) mana-mana reptilia; (e) mana-mana burung dan termasuk ayam, itik, burung puyuh dan burung unta; dan (f) mana-mana serangga, yang dipelihara dalam kurungan atau di bawah kawalan bagi apa-apa maksud kegunaan manusia; “hormon” ertinya sesuatu bahan kimia yang diperoleh daripada kelenjar endokrin atau melalui proses sintetik yang mempunyai kesan tertentu terhadap tisu; “juruanalisis” ertinya seseorang yang berkelayakan yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 34; “label” ertinya apa-apa perkara bertulis, bercetak atau grafik yang menerangkan kandungan apa-apa makanan haiwan pada bungkusan atau selainnya pada makanan haiwan itu, atau yang disertakan bersama dengan makanan haiwan itu; “Lembaga” ertinya Lembaga Makanan Haiwan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “makanan haiwan” ertinya apa-apa bahan tunggal atau pelbagai sama ada diproses, separuh diproses atau mentah, yang bertujuan untuk diberi makan kepada haiwan; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani; “pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai awam yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 21; “pembuatan” berhubung dengan makanan haiwan, ertinya merumuskan, menyediakan, menyebatikan, mencampurkan, membuat, membungkus, melabel atau mengolah makanan haiwan itu dengan tujuan untuk menjualnya atau untuk kegunaan sendiri tetapi tidak termasuk penyelidikan atau uji kaji bona fide yang berhubungan dengan makanan haiwan dan apa-apa tindakan yang menjadi sebahagian daripada atau yang bersampingan dengan penyelidikan atau uji kaji itu; “pengangkut” ertinya apa-apa kenderaan, vesel, kapal, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat; “penjualan” termasuk barter atau bekalan di bawah perkiraan perladangan kontrak bersepadu.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 698 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next