My bookmarksSign up free
← Registration of Criminals and Undesirable Persons Act 1969

Registration of Criminals and Undesirable Persons Act 1969 s 2

Registration of Criminals and Undesirable Persons Act 1969 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “authenticating officer” means— (a) the prosecuting officer responsible for authenticating the result of a case at the conclusion of the case where a person is charged with a registrable offence; (b) the police officer responsible for the final removal of the banishee out of the Federation and for authenticating the removal; (c) the police officer responsible for serving the expulsion order on the expelee and for authenticating the expulsion; (d) the immigration or police officer responsible for the final removal of the deportee from the Federation or any State thereof and for authenticating the removal; or (e) in relation to a person who is sentenced to a term of imprisonment for a registrable offence any prison officer (within the meaning of any written law in the Federation relating to prisons) who is responsible for authenticating the imprisonment; “authenticate” means to perform the functions of an authenticating officer as prescribed by this Act; “banishee” means any person ordered to be banished from the Federation under any written law in the Federation relating to banishment; “deportee” means any person ordered to be removed from the Federation or any State thereof under any written law in the Federation relating to immigration; “expelee” means any person ordered to be expelled from the Federation under any written law in the Federation relating to banishment; “finger impression” includes thumb impression, palmar impression and plantar impression; “fingerprint form” means any form prescribed by the Inspector General of Police pursuant to section 15 for the purpose of recording or authenticating finger impressions and other registrable particulars; “recording officer” means— (a) a police officer; (b) a proper officer of customs or excise (within the meaning of any written law in the Federation relating to customs and excise) whose function is to prevent or prosecute any registrable offence under such law; (c) a prison officer (within the meaning of any written law in the Federation relating to prisons) other than a prison officer who is an authenticating officer; or (d) an immigration officer whose function is to prevent or prosecute any registrable offence under any written law in the Federation relating to immigration; “register” means the register kept and maintained under section 7; “Registrar” means— (a) the Registrar of Criminals; and (b) any other person or officer appointed under section 3; “registrable offence” means any offence which is registrable under this Act as specified in the First and Second Schedules; “registrable particulars” means— (a) the particulars of any conviction or sentence in respect of a registrable offence; (b) the particulars of any order relating to banishees, expelees, deportees or restrictees; (c) the name, description, photograph and finger impressions or classification of finger impressions of any person convicted of a registrable offence, or of any banishee, expelee, deportee or restrictee; (d) the particulars which the Minister deems to be registrable particulars under paragraph 4(1)(a); (e) the particulars which the Minister may from time to time by order published in the Gazette declare to be registrable particulars under paragraph 4(1)(b); or (f) the particulars of any person which have been taken and recorded under any of the written laws repealed under this Act; “restrictee” means any person ordered to be placed under restricted residence under any written law in the Federation relating to restricted residence.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “pegawai pengesahan” ertinya— (a) pegawai pendakwa yang bertanggungjawab bagi mengesahkan keputusan sesuatu kes apabila tamatnya kes itu jika seseorang itu dipertuduh dengan suatu kesalahan boleh daftar; (b) pegawai polis yang bertanggungjawab bagi langkah akhir pembuangan bagi orang dibuang negeri keluar dari Persekutuan dan bagi mengesahkan pembuangan negeri itu; (c) pegawai polis yang bertanggungjawab bagi menyampaikan perintah pengenyahan kepada orang dinyah dan bagi mengesahkan pengenyahan itu; (d) pegawai imigresen atau pegawai polis yang bertanggungjawab bagi langkah akhir pengusiran orang diusir dari Persekutuan atau dari mana-mana Negeri dalam Persekutuan dan bagi mengesahkan pengusiran itu; atau (e) berhubung dengan seseorang yang telah dijatuhi hukuman pemenjaraan bagi sesuatu tempoh kerana suatu kesalahan boleh daftar, mana-mana pegawai penjara (mengikut pengertian mana-mana undangundang bertulis dalam Persekutuan berhubung dengan penjara) yang bertanggungjawab bagi mengesahkan pemenjaraan itu; “mengesahkan” ertinya melaksana fungsi seorang pegawai pengesahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta ini; “orang dibuang negeri” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya dibuang negeri dari Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan pembuangan negeri; “orang diusir” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya diusirkan dari Persekutuan atau dari mana-mana Negeri dalam Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen; “orang dinyah negeri” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya dinyahkan dari Persekutuan di bawah mana-mana undangundang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan pembuangan negeri; “cap jari” termasuklah cap ibu jari tangan, cap tangan dan cap ibu jari kaki; “borang cap jari” ertinya apa jua borang yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara menurut seksyen 15 bagi maksud merekodkan atau mengesahkan cap jari dan butir-butir boleh daftar yang lain; “pegawai merekod” ertinya— (a) seorang pegawai polis; (b) seorang pegawai kastam atau eksais yang hak (mengikut pengertian mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan kastam dan eksais) yang fungsinya adalah untuk mencegah atau mendakwa apa-apa kesalahan boleh daftar di bawah undang-undang itu; (c) seorang pegawai penjara (mengikut pengertian manamana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan penjara) selain seorang pegawai penjara yang juga seorang pegawai pengesahan; atau (d) seorang pegawai imigresen yang fungsinya adalah untuk mencegah atau mendakwa apa-apa kesalahan boleh daftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen; “daftar” ertinya daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 7; “Pendaftar” ertinya— (a) Pendaftar Penjenayah; dan (b) mana-mana orang atau pegawai lain yang dilantik di bawah seksyen 3; “kesalahan boleh daftar” ertinya apa-apa kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua; “butir-butir boleh daftar” ertinya— (a) butir-butir mengenai apa-apa sabitan atau hukuman berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh daftar; (b) butir-butir mengenai apa-apa perintah yang berhubungan dengan orang dibuang negeri, orang dinyah negeri, orang diusir atau orang terhad; (c) nama, perihalan, gambar foto dan cap jari atau pengelasan cap jari bagi mana-mana orang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh daftar, atau bagi mana-mana orang dibuang negeri, orang dinyah negeri, orang diusir atau orang terhad; (d) butir-butir yang disifatkan oleh Menteri sebagai butirbutir boleh daftar di bawah perenggan 4(1)(a); (e) butir-butir yang boleh diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta sebagai butir-butir boleh daftar di bawah perenggan 4(1)(b); atau (f) butir-butir mengenai mana-mana orang yang telah diambil dan direkodkan di bawah mana-mana undangundang bertulis yang dimansuhkan di bawah Akta ini; “orang terhad” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya diletakkan di bawah kediaman terhad di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan kediaman terhad.

Read this section in the full act →

Find Act 7 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next