LawPlayer
My bookmarks
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 2

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 2

Act no.
Act 701
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Central Bank of Malaysia Act 2009 [Act 701], s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “Bank” means Bank Negara Malaysia or in English, the “Central Bank of Malaysia”; “Board” means the Board of Directors of the Bank; “Board Audit Committee” means the Board Audit Committee established under paragraph 21(1)(b); “Board Governance Committee” means the Board Governance Committee established under paragraph 21(1)(a); “Board Risk Committee” means the Board Risk Committee established under paragraph 21(1)(c); “capital instruments” means preference shares, loan stocks, subordinated term debts or other instruments approved by the Bank to be eligible as capital; “constituent document”, in relation to a body corporate or unincorporate, means any document or instrument, under or by which the body is constituted, established, incorporated, or its governing and administrative structure, the scope of its functions, business, powers or duties are set out, whether contained in one or more but not limited to the following documents or instruments: (a) statute; (b) charter; (c) memorandum of association; (d) articles of association; (e) constitution; (f) rules or by-laws; and (g) partnership agreement; “Deputy Governor” means a Deputy Governor of the Bank; “derivatives” means financial instruments including an option, a swap, a futures or forward contract or any other financial product or any combination of such instruments whose market price, value, delivery or payment obligations are derived from, referenced to or based on, but not limited to, underlying securities or commodities prices, assets, rates (including interest rates or exchange rates) or indices; “director” means a director of the Bank appointed under subsection 16(1), and includes the Governor and the Deputy Governors; “financial institution” means a person carrying on a financial business regulated under the laws enforced by the Bank and in addition includes any— (a) person who operates any payment system or issues any payment instrument; and (b) person carrying on any other financial business as the Minister may prescribe; “financial markets” includes the money market, the foreign exchange market, the capital market and the derivatives market; “Financial Stability Executive Committee” means the Financial Stability Executive Committee established under section 37; “financing” means the giving of any advance, loan, credit or other facility in whatever form or by whatever name called, including the giving of a guarantee or undertaking of any surety obligations for another person and where such financing is extended in accordance with the Shariah shall include, and may be in the form of, without limitation, any sale or purchase arrangement, joint venture arrangement, deferred payment sale, return sharing arrangement or any other financing arrangement made in accordance with the Shariah; “foreign currency” means currency notes or coins which are legal tender in any country, territory or place outside Malaysia and any reference to foreign currency in this Act includes a reference to any right to receive foreign currency in respect of any credit or balance at a bank or any other similar institution in or outside Malaysia; “Governor” means the Governor of the Bank; “international financial institution” means any institution which is established in or outside Malaysia by more than one country, central bank or monetary authority in relation to financial or monetary matters and includes the Asian Development Bank, the Bank for International Settlements, the International Bank for Reconstruction and Development, the International Monetary Fund, the Islamic Development Bank and the Islamic Financial Services Board; “Islamic financial business” means any financial business in ringgit or other currency which is subject to the laws enforced by the Bank and consistent with the Shariah; “Islamic financial institution” means a financial institution carrying on Islamic financial business; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for finance; “Monetary Policy Committee” means the Monetary Policy Committee established under section 23; “officer” means any officer of the Bank appointed under section 83; “payment systems” means any system or arrangement for the transfer, clearing or settlement of funds or securities; “prescribed” means prescribed under the Act from time to time by order published in the Gazette; “related corporation”, in relation to a corporation, means a corporation which is deemed to be related to the first-mentioned corporation under section 6 of the Companies Act 1965 [Act 125]; “repealed Act” means the Central Bank of Malaysia Act 1958 [Act 519]; “return” includes any form of rental, profit, dividend or benefit, including any fee or gift, payable or to be given in relation to financing extended in accordance with the Shariah; “Shariah Advisory Council” means the Shariah Advisory Council on Islamic Finance established under section 51; “specified” means specified under the Act from time to time in writing; “supervisory authority” means any authority, body or agency in or outside Malaysia other than the Bank which is responsible for the supervision or oversight of any financial institution, financial market, capital market intermediary or participant or payment system. (2) For the purposes of this Act— “Board Committees” refers collectively to the committees of the Board established under section 21; “financial business” refers collectively to conventional financial business and Islamic financial business; “financial system” refers collectively to financial institutions, capital market intermediaries or participants, financial markets and payment systems in Malaysia. (3) For the purposes of this Act— (a) a power to prescribe includes the power to make different provisions in the order, for different persons or different classes, categories or descriptions of persons; and (b) a power to specify includes the power to specify differently for different persons or different classes, categories or descriptions of persons. (4) A reference to a financial institution or person includes a reference to a class, category or description of such institution or person. (5) Where under this Act, power is given to the Bank to require any person, or where any person is required under this Act, to submit to the Bank any data, information or document— (a) the Bank may specify that the data, information or document shall be submitted, within a period, at such intervals, in the manner or form as the Bank may set out in the specification; and (b) such person shall not submit any data, information or document— (i) which he knows, or has reason to believe, to be false, incomplete, inaccurate or misleading; or (ii) in respect of which there is a material error or omission.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Akta dimansuhkan” ertinya Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]; “Bank” ertinya Bank Negara Malaysia atau dalam bahasa Inggeris, “Central Bank of Malaysia”; “ditentukan” ertinya ditentukan di bawah Akta ini dari semasa ke semasa secara bertulis; “ditetapkan” ertinya ditetapkan di bawah Akta ini dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; “dokumen konstituen”, berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, ertinya apa-apa dokumen atau surat cara, yang di bawahnya atau dengannya badan itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan, atau struktur pengelolaan dan pentadbirannya, skop fungsi, urusan, kuasa atau kewajipannya dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih tetapi tidak terhad kepada dokumen atau surat cara yang berikut: (a) statut; (b) piagam; (c) memorandum persatuan; (d) perkara-perkara persatuan; (e) perlembagaan; (f) kaedah atau undang-undang kecil; dan (g) perjanjian perkongsian; “Gabenor” ertinya Gabenor Bank; “institusi kewangan” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan kewangan yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank dan sebagai tambahan termasuklah mana-mana— (a) orang yang mengendalikan apa-apa sistem pembayaran atau mengeluarkan apa-apa instrumen pembayaran; dan (b) orang yang menjalankan apa-apa perniagaan kewangan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; “institusi kewangan antarabangsa” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia oleh lebih daripada satu negara, bank pusat atau pihak berkuasa monetari berhubung dengan perkara kewangan atau monetari dan termasuklah Bank Pembangunan Asia, Bank Penyelesaian Antarabangsa, Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan Pembangunan, Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Pembangunan Islam dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam; “institusi kewangan Islam” ertinya sesuatu institusi kewangan yang menjalankan perniagaan kewangan Islam; “instrumen modal” ertinya syer keutamaan, stok pinjaman, hutang bawahan bertempoh atau instrumen lain yang diluluskan oleh Bank untuk layak sebagai modal; “Jawatankuasa Dasar Monetari” ertinya Jawatankuasa Dasar Monetari yang ditubuhkan di bawah seksyen 23; “Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan” ertinya Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 37; “Jawatankuasa Audit Lembaga” ertinya Jawatankuasa Audit Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(b); “Jawatankuasa Risiko Lembaga” ertinya Jawatankuasa Risiko Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(c); “Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga” ertinya Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(a); “Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Bank; “Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah mengenai Kewangan Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 51; “mata wang asing” ertinya mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan dalam mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia dan apa-apa sebutan mengenai mata wang asing dalam Akta ini termasuklah sebutan mengenai apa-apa hak untuk menerima mata wang asing berkenaan dengan apa-apa kredit atau baki di sesuatu bank atau mana-mana institusi lain seumpamanya di dalam atau di luar Malaysia; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “pasaran kewangan” termasuklah pasaran wang, pasaran pertukaran asing, pasaran modal dan pasaran terbitan; “pegawai” ertinya mana-mana pegawai Bank yang dilantik di bawah seksyen 83; “pembiayaan” ertinya pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman, kredit atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama dipanggil, termasuklah pemberian suatu jaminan atau aku janji bagi apa-apa obligasi jaminan bagi seorang yang lain dan jika pembiayaan itu diberikan menurut Shariah termasuklah, dan boleh dalam bentuk, tanpa batasan, apa-apa perkiraan jualan atau pembelian, perkiraan usaha sama, jualan bayaran tertangguh, perkiraan perkongsian pulangan atau apa-apa perkiraan pembiayaan lain yang dibuat mengikut Shariah; “pengarah” ertinya pengarah Bank yang dilantik di bawah subseksyen 16(1), dan termasuk Gabenor dan Timbalan Gabenor; “perbadanan berkaitan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya sesuatu perbadanan yang disifatkan sebagai berkaitan dengan perbadanan yang mula-mula disebut di bawah seksyen 6 Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; “perniagaan kewangan Islam” ertinya apa-apa perniagaan kewangan dalam ringgit atau mata wang lain yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank dan selaras dengan Shariah; “pihak berkuasa penyeliaan” ertinya mana-mana pihak berkuasa, badan atau agensi di dalam atau di luar Malaysia selain Bank yang bertanggungjawab bagi penyeliaan atau pengawasan manamana institusi kewangan, pasaran kewangan, perantara atau peserta pasaran modal atau sistem pembayaran; “pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, keuntungan, dividen atau faedah, termasuklah apa-apa fi atau alang, yang kena dibayar atau diberikan berhubung dengan pembiayaan yang diberikan mengikut Shariah; “sistem pembayaran” ertinya apa-apa sistem atau perkiraan bagi pemindahan, penjelasan atau penyelesaian dana atau sekuriti; “terbitan” ertinya instrumen kewangan termasuk suatu opsyen, suatu swap, suatu kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan atau apa-apa produk kewangan lain atau apa-apa kombinasi instrumen itu yang harga pasaran, nilai, kewajipan penyerahan atau pembayarannya berpunca daripada, dirujukkan pada atau berdasarkan pada, tetapi tidak terbatas kepada, harga sekuriti atau harga komoditi dasar, aset, kadar (termasuklah kadar bunga atau kadar pertukaran) atau indeks; “Timbalan Gabenor” ertinya seseorang Timbalan Gabenor Bank. (2) Bagi maksud Akta ini— “Jawatankuasa Lembaga” secara kolektifnya merujuk kepada jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 21; “perniagaan kewangan” secara kolektifnya merujuk kepada perniagaan kewangan konvensional dan perniagaan kewangan Islam; “sistem kewangan” secara kolektifnya merujuk kepada institusi kewangan, perantara atau peserta pasaran modal, pasaran kewangan dan sistem pembayaran di Malaysia. (3) Bagi maksud Akta ini— (a) kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam perintah, bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan; dan (b) suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan. (4) Sebutan mengenai suatu institusi kewangan atau orang termasuklah sebutan mengenai golongan, kategori atau perihalan mengenai institusi atau orang itu. (5) Jika di bawah Akta ini, kuasa diberikan kepada Bank untuk menghendaki mana-mana orang, atau jika mana-mana orang dikehendaki di bawah Akta ini, untuk mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen kepada Bank— (a) Bank boleh menentukan bahawa data, maklumat atau dokumen itu hendaklah dikemukakan, dalam suatu tempoh, pada apa-apa lat tempoh, mengikut cara atau dalam bentuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank dalam penentuan itu; dan (b) orang itu tidak boleh mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen— (i) yang dia tahu, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu, tidak lengkap, tidak tepat atau mengelirukan; atau (ii) yang berkenaan dengannya terdapat kesilapan atau peninggalan material.

Read this section in the full act → · Open Part I →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Central Bank of Malaysia Act 2009, s 2 is headed “Interpretation” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Central Bank of Malaysia Act 2009, s 2 begins “(1) In this Act, unless the context otherwise requires…”.
Location
Central Bank of Malaysia Act 2009, s 2 is placed under “Part I: Preliminary”.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Central Bank of Malaysia Act 2009, s 2 is s 1.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Central Bank of Malaysia Act 2009, s 2 is s 3.
Synced
LawPlayer last synced the text of Central Bank of Malaysia Act 2009 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Central Bank of Malaysia Act 2009, s 2 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

On LawPlayer, every section of a Malaysian Act has its own page, linked to the full Act and to its Parts and Chapters. The same site also covers Taiwan's statutes, court judgments and company registration records, and the legislation of 13 other jurisdictions.Malaysian law entry

What to look at next