Central Bank of Malaysia Act 2009 s 23
s 23 Monetary Policy Committee
(1) There shall be a committee of the Bank to be known as the “Monetary Policy Committee” which shall have the responsibility for formulating the monetary policy and the policies for the conduct of monetary policy operations.
(2) The Monetary Policy Committee shall consist of the Governor, the Deputy Governors and not less than three but not more than seven other members.
(3) Members of the Monetary Policy Committee may be appointed from amongst directors appointed under subsection 16(1) or officers and such members shall be appointed by the Board on the recommendation of the Board Governance Committee.
(4) In addition to subsection (3), the Minister may appoint any other person as a member of the Monetary Policy Committee on the recommendation of the Board Governance Committee.
(5) The Board Governance Committee, in recommending any person to be a member of the Monetary Policy Committee, shall at all times be satisfied that the person has the expertise and experience relevant to the responsibility and functions of the Monetary Policy Committee and be a person of probity, competence and sound judgment.
(6) The members of the Monetary Policy Committee, other than the Governor and Deputy Governors, may each be appointed for a term not exceeding three years and shall be eligible for reappointment.
(7) The Governor and Deputy Governors shall remain as members of the Monetary Policy Committee for so long as the Governor or Deputy Governors hold office as Governor or Deputy Governor.
(8) No person shall be appointed as a member of the Monetary Policy Committee or shall remain as a member if he—
(a) is or becomes a member of the Senate or House of Representatives or any Legislative Assembly;
(b) is or becomes an officer or a director of any entity under the supervision of the Bank;
(c) is or becomes a public officer unless otherwise approved by the Board or in the case of a person appointed under subsection (4), the Minister;
(d) is convicted of a criminal offence involving dishonesty or of any criminal offence for which he has been sentenced to imprisonment;
(e) is or becomes bankrupt or suspends payment or compounds with his creditor;
(f) is or becomes involved in any activity which may interfere with his independence in discharging his duties; or
(g) is not a Malaysian citizen.
(9) The Board, or in the case of a person appointed under subsection (4), the Minister, may remove a member of the Monetary Policy Committee if—
(a) the Board or the Minister, as the case may be, is satisfied that he is guilty of serious misconduct in relation to his duties as a member of the committee;
(b) he becomes of unsound mind or incapable of carrying out his duties; or
(c) he is disqualified under subsection (8).
(10) The monetary policy of the Bank shall be formulated only at a duly convened meeting of the Monetary Policy Committee.
(11) The Monetary Policy Committee shall be chaired by the Governor or in the absence of the Governor, by the Deputy Governor designated by the Board under subsection 15(7).
(12) The First Schedule shall apply to the Monetary Policy Committee.
Malay text (authoritative)
Jawatankuasa Dasar Monetari
(1) Hendaklah ada suatu jawatankuasa Bank yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Dasar Monetari” yang hendaklah mempunyai tanggungjawab bagi merumuskan dasar monetari dan dasar bagi penjalanan operasi dasar monetari.
(2) Jawatankuasa Dasar Monetari hendaklah terdiri daripada Gabenor, Timbalan-Timbalan Gabenor dan tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada tujuh anggota lain.
(3) Anggota Jawatankuasa Dasar Monetari boleh dilantik daripada kalangan pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) atau pegawai dan anggota itu hendaklah dilantik oleh Lembaga atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga.
(4) Sebagai tambahan kepada subsekyen (3), Menteri boleh melantik mana-mana orang lain sebagai anggota Jawatankuasa Dasar Monetari atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga.
(5) Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga, dalam mengesyorkan mana-mana orang untuk menjadi anggota Jawatankuasa Dasar Monetari, hendaklah pada setiap masa berpuas hati bahawa orang itu mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan dengan tanggungjawab dan fungsi Jawatankuasa Dasar Monetari dan ialah seorang yang jujur, berwibawa dan berfikiran waras.
(6) Anggota Jawatankuasa Dasar Monetari, selain Gabenor dan Timbalan-Timbalan Gabenor, boleh setiap seorang dilantik bagi tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.
(7) Gabenor dan Timbalan-Timbalan Gabenor hendaklah terus kekal menjadi anggota Jawatankuasa Dasar Monetari selagi Gabenor atau Timbalan-Timbalan Gabenor masih memegang jawatan sebagai Gabenor atau Timbalan Gabenor.
(8) Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Dasar Monetari atau terus kekal sebagai seorang anggota jika dia—
(a) ialah atau menjadi seorang ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan;
(b) ialah atau menjadi seorang pegawai atau seorang pengarah mana-mana entiti di bawah pengawasan Bank;
(c) ialah atau menjadi seorang pegawai awam melainkan jika diluluskan selainnya oleh Lembaga atau dalam hal seorang yang dilantik di bawah subseksyen (4), Menteri;
(d) telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan;
(e) ialah atau menjadi seorang bankrap atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya;
(f) terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya; atau
(g) bukan seorang warganegara Malaysia.
(9) Lembaga, atau dalam hal seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (4), Menteri, boleh memecat seseorang anggota Jawatankuasa Dasar Monetari jika—
(a) Lembaga atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa dia bersalah atas suatu salah laku serius berhubung dengan kewajipannya sebagai seorang anggota jawatankuasa itu;
(b) dia menjadi tidak sempurna akal atau tidak upaya untuk menjalankan kewajipannya; atau
(c) dia hilang kelayakan di bawah subseksyen (8).
(10) Dasar monetari Bank hendaklah dirumuskan hanya pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang diadakan dengan sewajarnya.
(11) Jawatankuasa Dasar Monetari hendaklah dipengerusikan oleh Gabenor atau semasa ketiadaan Gabenor, oleh Timbalan Gabenor yang ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen 15(7).
(12) Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Jawatankuasa Dasar Monetari.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).