My bookmarksSign up free
← Central Bank of Malaysia Act 2009

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 44

Central Bank of Malaysia Act 2009 s 44

s 44 The Bank may establish system for funds, debt securities, etc.

(1) The Bank or any body corporate established or acquired by the Bank under paragraph 48(1)(c) or any person authorized by the Bank may establish or operate any system, electronic or otherwise, as may be necessary— (a) to facilitate the transferring, clearing and settlement of funds and debt securities; (b) to facilitate the tendering, issuance, borrowing and lending of debt securities; (c) to provide information to any person relating to the money market or to the tender, issue, trading and offer, or bid prices of debt securities or any other related information relating to debt securities; (d) for the central handling of debt securities deposited with the Bank by means of entries in debt securities accounts without physical delivery of certificates; (e) for the carrying out of any other activity related to any of the systems in paragraphs (a) to (d); and (f) for the dissemination of information relating to paragraphs (a) to (e), in such markets, as the case may be. (2) The Bank may function as a depository or paying agent or undertake any other ancillary or incidental function related to the establishment or operation of any of the systems referred to in subsection (1). (3) For purposes of this section, “debt securities” includes— (a) stock issued under the Loan (Local) Act 1959 [Act 637]; (b) Treasury Bills issued under the Treasury Bills (Local) Act 1946 [Act 188]; (c) investments under the Government Funding Act 1983 [Act 275]; (d) securities issued by the Bank under paragraph 26(2)(a); (e) debentures, as defined in the Companies Act 1965, denominated and payable in ringgit issued by the Government of any State, any public authority, any statutory body, any corporation including a private or a public company, or such other persons who under their constituent documents may issue such debentures that are tendered, deposited, cleared or settled through any system established or operated by the Bank pursuant to this section; and (f) such securities or debentures as may be approved by the Minister on the recommendation of the Board that are tendered, deposited, cleared or settled through any system established or operated by the Bank or any body corporate established or acquired by the Bank or any person authorized by the Bank pursuant to this section.

Malay text (authoritative)

Bank boleh menubuhkan sistem bagi dana, sekuriti hutang, dsb.

(1) Bank atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(c) atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Bank boleh menubuhkan atau mengendalikan apa-apa sistem, elektronik atau selainnya, sebagaimana yang perlu— (a) untuk memudahkan pemindahan, penjelasan dan penyelesaian dana dan sekuriti hutang; (b) untuk memudahkan penenderan, penerbitan, peminjaman dan pemberian pinjaman sekuriti hutang; (c) untuk memberikan maklumat kepada mana-mana orang berhubung dengan pasaran wang atau berhubung dengan penenderan, penerbitan, dagangan dan penawaran, atau harga bida sekuriti hutang atau apa-apa maklumat lain yang berkaitan yang berhubungan dengan sekuriti hutang; (d) bagi pengendalian pusat sekuriti hutang yang didepositkan dengan Bank melalui catatan dalam akaun sekuriti hutang tanpa penyerahan fizikal sijil; (e) bagi menjalankan apa-apa aktiviti lain berhubung dengan mana-mana sistem dalam perenggan (a) hingga (d); dan (f) bagi penyebaran maklumat yang berhubungan dengan perenggan (a) hingga (e), dalam pasaran-pasaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Bank boleh berfungsi sebagai suatu depositori atau ejen pembayaran atau menjalankan apa-apa fungsi tambahan atau sampingan lain berhubung dengan penubuhan atau pengendalian mana-mana sistem yang disebut dalam subseksyen (1). (3) B a g i m a k s u d s e k s y e n i n i , “ s e k u r i t i h u t a n g ” termasuklah— (a) saham yang diterbitkan di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637]; (b) Bil Perbendaharaan yang diterbitkan di bawah Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188]; (c) pelaburan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275]; (d) sekuriti yang diterbitkan oleh Bank di bawah perenggan 26(2)(a); (e) debentur, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, dalam denominasi dan boleh dibayar dalam ringgit yang diterbitkan oleh Kerajaan mana-mana Negeri, manamana pihak berkuasa awam, mana-mana badan berkanun, mana-mana perbadanan termasuk syarikat persendirian atau syarikat awam, atau mana-mana orang lain yang di bawah dokumen konstituen mereka boleh menerbitkan apa-apa debentur yang ditenderkan, didepositkan, dijelaskan atau diselesaikan melalui apa-apa sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank menurut seksyen ini; dan (f) apa-apa sekuriti atau debentur sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri atas syor Lembaga yang ditenderkan, didepositkan, dijelaskan atau diselesaikan melalui apaapa sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Bank menurut seksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next