Central Bank of Malaysia Act 2009 s 52
s 52 Functions of Shariah Advisory Council
(1) The Shariah Advisory Council shall have the following functions:
(a) to ascertain the Islamic law on any financial matter and issue a ruling upon reference made to it in accordance with this Part;
(b) to advise the Bank on any Shariah issue relating to Islamic financial business, the activities or transactions of the Bank;
(c) to provide advice to any Islamic financial institution or any other person as may be provided under any written law; and
(d) such other functions as may be determined by the Bank.
(2) For the purposes of this Part, “ruling” means any ruling made by the Shariah Advisory Council for the ascertainment of Islamic law for the purposes of Islamic financial business.
Malay text (authoritative)
Fungsi Majlis Penasihat Shariah
(1) Majlis Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a) untuk menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa perkara kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila dirujukkan kepadanya mengikut Bahagian ini;
(b) untuk menasihati Bank mengenai apa-apa isu Shariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi Bank;
(c) untuk memberikan nasihat kepada mana-mana institusi kewangan Islam atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(d) apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diputuskan oleh Bank.
(2) Bagi maksud Bahagian ini, “keputusan” ertinya apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah bagi penentuan hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam.
Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →
Find Act 701 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).